Arifin Zakaria dilantik Pengerusi Kumpulan PNB


KUALA LUMPUR: Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB) melantik Arifin Zakaria sebagai Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan pemegang amanah YPB berkuat kuasa hari ini.

Menerusi kenyataan, PNB menjelaskan Ariffin merupakan Ketua Hakim Negara bagi tempoh 2011 hingga 2017 dan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi dari 2008 hingga 2011.

Menurutnya, YPB juga mengumumkan pelantikan Norazah Razali sebagai Ahli Lembaga Pengarah PNB berkuat kuasa hari ini.

Norazah ketika ini ialah Penasihat Kanan di Boston Consulting Group (BCG), bagi menyokong dan memberi khidmat nasihat kepada perniagaan dan organisasi di seluruh Asia Tenggara.

“Beliau memiliki pengalaman perundingan strategik dan pengurusan selama lebih 20 tahun khususnya dalam transformasi perniagaan dan organisasi, penstrukturan semula, strategi dipacu pertumbuhan, pembangunan bakat dan kepimpinan serta tadbir urus,” menurut PNB. Bernama

Zeti letak jawatan pengerusi PNB pada 30 April

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker