Houthi serang kapal USS Laboon di Laut Merah

Houthi serang kapal USS Laboon di Laut Merah

Kapal pemusnah USS Laboon diserang peluru berpandu disasarkan Houthi di Laut Merah, menurut Pusat Kawalan Amerika Syarikat (AS) hari ini.

“Pada 14 Januari kira-kira jam 4.45 petang (waktu Sanaa), peluru berpandu pelayaran anti-kapal ditembak dari kawasan Houthi di Yaman ke arah USS Laboon (DDG 58), yang beroperasi di Laut Merah Selatan,” katanya dalam satu kenyataan.



Sebuah jet pejuang AS menembak jatuh peluru berpandu di luar pantai Yaman berhampiran bandar Al Hudaydah, menurut kenyataan itu.

Pada November lalu, Houthi mengumumkan hasrat untuk menyerang kapal yang ada kaitan dengan Israel, selain menggesa negara lain menarik balik kru dari kapal terbabit.

Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin, pada 19 Disember lalu, mengumumkan penubuhan operasi multinasional bagi menjamin Kesatuan Laut Merah, selain menyatakan United Kingdom (UK), Bahrain, Kanada, Perancis, Itali, Belanda, Norway, Seychelles, dan Sepanyol akan mengambil bahagian dalam misi terbabit.

Houthi bertekad untuk menyerang mana-mana kapal yang menyertai gabungan maritim dipimpin AS.



Sementara itu, sumber kerajaan tempatan ketika memaklumkan Sputnik berkata, tentera AS dan UK melancarkan 23 serangan udara di empat wilayah di pelbagai bahagian di Yaman, termasuk di Sanaa, bandar al-Hudaydah, Taizz, dan Sadah, awal pagi Jumaat lalu.

Beberapa jam kemudian, Pusat Tentera Udara AS mengumumkan serangan republik itu terhadap Houthi di Yaman sudah mengenai lebih 60 sasaran di 16 lokasi berbeza.

Jurucakap ketenteraan Houthi, Yahya Saria, kemudian berkata, AS dan UK melancarkan 73 serangan ke atas sasaran Houthi di Yaman, mengorbankan lima pejuang dan enam lagi cedera.

Ahli Majlis Politik Tinggi Houthi, Mohammed Ali al-Houthi, pula menyifatkan serangan Barat sebagai ‘keganasan kejam’ serta ‘pelanggaran yang disengajakan dan tidak wajar’. BH



Houthi serang kapal USS Laboon di Laut Merah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya senasib dengan Tyzo – Linda Onn



Isu Tyzo, DJ Lin akan dedahkan Jumaat ini

Makin lawa Mawar Rashid lepas menjanda



Ganti DJ 2 minggu tanpa gaji, alasan nak ‘test’ (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker