Kaki kiri Safawi belum berkarat

KUALA LUMPUR: Safawi Rasid harus menjadi pemain paling gembira di sebalik kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjulang Piala Sultan Ahmad Shah buat kali keempat berturut-turut, kelmarin.

Selain menjadi hadiah istimewa sempena sambutan hari lahirnya yang ke-24, aksi cemerlang dan satu gol yang disumbangkan pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu membuktikan dia tidak terkesan dengan kecaman yang diterima sebelum ini.

Safawi menjadi mangsa kecaman di media sosial sebelum ini susulan dia tidak diberi peluang beraksi bersama skuad utama Portimonense selepas dipinjamkan ke kelab Portugal itu pada Oktober tahun lalu.



Keadaan itu menyaksikan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat keputusan drastik apabila memanggil semula Safawi kembali ke pangkuan Harimau Selatan untuk mengharungi aksi musim ini.

Kegagalan Penganiayaan Politik Di Mahkamah 3 Kali Berturut – Turut

Walaupun sekadar memanaskan bangku simpanan ketika hampir tiga bulan bersama Portimonense, ia sama sekali tidak menjejaskan sentuhan berbisa Safawi apabila dia berjaya mencipta nama selaku pemain pertama membuka ‘akaun’ gol dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) musim ini.



Jaringan pada minit ke-35 dan membantu JDT menewaskan Kedah 2-0, kelmarin turut membuktikan bahawa keputusan Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) memanggil Safawi pulang sebagai tindakan yang amat tepat.

Malah, perkataan “Alhamdulillah” yang ditulis Safawi di laman sosial, Instagram bersama gambarnya meraikan gol malam kelmarin cukup menggambarkan betapa gol itu penuh bermakna buat dirinya dan JDT.

SAH! Safawi kembali ke JDT dalam masa terdekat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker