Gajah muncul tiba-tiba dikawasan perumahan buat penduduk panik [VIDEO]

Kelibat gajah dipercayai sesat yang muncul berhampiran Taman Pandan Damai dekat Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan, dekat Kuantan, petang tadi mengejutkan hampir 500 penghuni taman perumahan itu.

Kehadiran gajah itu disedari penduduk taman berkenaan kira-kira jam 5 petang tadi.

Video gajah terbabit kemudiannya tersebar melalui media sosial Facebook selain dikongsi melalui aplikasi WhatsApp oleh penduduk sekitar Kuantan.

Bimbang dengan situasi itu, penduduk taman berkenaan bertindak menghubungi pihak polis dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) bagi memaklumkan mengenai kemunculan haiwan itu.

Sekitar jam 6 petang tadi, sekumpulan pegawai dan anggota polis bersama kakitangan PERHILITAN Pahang sudah berada di lokasi penemuan gajah berkenaan untuk tindakan lanjut.

Pengarah PERHILITAN Pahang, Rozidan Md Daud ketika dihubungi mengesahkan berita yang tersebar berkaitan kehadiran gajah berhampiran taman perumahan itu.

“Berita mengenai (kemunculan) gajah di situ adalah benar dan usaha sedang dilakukan untuk merantai kaki haiwan itu sebelum boleh dipindahkan ke tempat lain,” katanya ringkas.

Difahamkan gajah berkenaan sudah berada di kawasan terbabit kira-kira seminggu lalu berdasarkan keadaan tanah sekitar haiwan itu ditemui.


 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ceramah Ustaz Wadi Annuar pula dibatalkan di Selangor

Rasa Macam Nak Bagi Penampar, Awie Naik Angin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker