Jantung Takiyuddin Stabil Selepas Pembedahan

Tahap kesihatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilaporkan semakin stabil selepas tiga jam menjalani pembedahan jantung.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Setiausaha Agung Pas itu turut memaklumkan bahawa doktor memasang sten pada saluran jantungnya yang tersumbat.

“Saya baru menghubungi Takiyuddin pagi ini (Isnin). Alhamdulillah beliau telah selamat menjalani pemeriksaan dan memaklumkan doktor telah siap memasang sten di saluran jantung yang tersumbat.

“Alhamdulillah semua berjalan lancar dan dijangka akan keluar dalam sehari dua ini. Teruskan berdoa agar beliau cepat sembuh sepenuhnya,” tulis beliau menerusi Facebook pada Isnin.

Pada Jumaat, Takiyuddin dimasukkan ke Pusat Perubatan iHEAL, Kuala Lumpur akibat masalah jantung


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mahathir Desak Muhyiddin Letak Jawatan, Dakwa Kerajaan Terbubar

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker