Risiko terhempas, Putera William dilarang bawa helikopter

PUTERA William dan keluarganya sering menaiki helikopter dari kediamannya di London ke Anmer Court di Norfolk. – AFP

LONDON: Ratu Britain, Ratu Elizabeth menggesa cucunya, Putera William supaya berhenti membawa helikopter bersama keluarganya kerana bimbang jika berlaku sebarang perkara tidak diingini.

Ratu Elizabeth, 95, dilaporkan berbincang dengan William supaya beliau tidak menerbangkan helikopter sambil membawa keluarganya dalam masa terdekat ini, terutamanya ketika cuaca buruk kerana bimbang berlakunya kemalangan.

William bersama isterinya, Kate Middleton dan tiga anak mereka sering menaiki helikopter dari kediaman mereka di Istana Kensington di London ke Anmer Court di Norfolk yang berjarak 185 kilometer.

Berdasarkan sumber istana, Ratu Elizabeth melarang William untuk menaiki helikopter buat masa sekarang kerana keadaan cuaca yang tidak menentu, selain menyifatkan pengangkutan itu tidak selamat.

“Kerisauan itu menyebabkan Ratu Elizabeth kerap tidak tidur malam. Beliau tahu William merupakan juruterbang yang cekap, namun merasakan tidak berbaloi untuk merisikokan keluarganya dengan sebarang insiden tidak diingini.

“Ratu Elizabeth menaruh kepercayaan kepada William dan Kate untuk meneruskan monarki Britain dan sehubungan itu, beliau sangat bimbang sekiranya berlaku perkara buruk terhadap keluarganya,” jelas sumber itu.

Risiko terhempas, Putera William dilarang bawa helikopter


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tahanan wanita dakwa dipaksa lakukan oral seks di balai polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker