Covid-19 : 1581 kes baru hari ini, kes keseluruhan melepasi 6 angka

Keseluruhan kes jangkitan COVID-19 secara rasminya melepasi 100,000 kes hari ini, dengan pertambahan 1,581 pesakit baharu , mengatasi bilangan 1085 pesakit yang sembuh.
adalah 18,773 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah turut memaklumkan dua lagi kematian terbaru, menjadikan jumlah kematian kini sebanyak 446 kes.

“Sehingga kini, terdapat 102 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 45 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.



Menurutnya, sebanyak 1,085 lagi pesakit sembuh sepenuhnya, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 81,099 pesakit pulih daripada wabak berkenaan.

Sebanyak 270 kes (17.1 peratus) yang dilaporkan hari ini adalah berkaitan kluster-kluster di lokap dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (185 kes), Kluster Tembok Gajah (74 kes), Kluster GK Tawau (6 kes), Kluster Tembok (4 kes), dan Kluster Bakti (1 kes).

Status terkini COVID-19 setakat 24 Disember 2020



Jumlah sembuh baru: 1085 kes
Jumlah kumulatif discaj: 81099 kes (80.8%)

Jumlah kes baru: 1581 kes
Jumlah kumulatif: 100318 kes
Jumlah kes aktif: 18773 kes

Kes tempatan: 1579 kes
Kes import: 2 kes

Jumlah kematian baru: 2 kes (2 WN)
Jumlah kumulatif kematian: 446 kes (0.44%)



Jumlah kes di ICU: 102 kes
Pesakit intubated: 45 kes

Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti 4 kluster baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster itu adalah Kluster Kebun Baru di Kuala Langat, Kluster Sungai Burong, di Kuala Selangor, Kluster Tapak Bina Jalan Tun, dan Kluster Jalan Pandan di beberapa lokasi di Kuala Lumpur dan Selangor.

Berita lanjut menyusul



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker