Lawatan PM ke London : Cari jalan, bukan jual aset

Lawatan Tun Dr. Mahathir ke London baru-baru ini menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat Malaysia apabila Perdana Menteri Ketujuh melaporkan akan menjual aset negara demi mengurangkan hutang negera.

Di sini, saya berasa amat tidak setuju dengan keputusan Tun Mahathir akan keputusan beliau.

Pertama sekali, lawatan Tun Dr. Mahathir ke London adalah untuk menghadiri satu dialog perniagaan anjuran Lembaga Pembangunan Pelabur Malaysia (MIDA) dan Majlis Kerjasama Perniagaan United Kingdom-Asean (UKABC).

Persoalannya di sini, mengapa dialog perniagaan yang seharusnya bermatlamatkan kerjasama dalam pembangunan ekonomi bertukar kepada penawaran penjualan aset negara kepada pelabur British?



Tun Dr. Mahathir mendakwa kerajaan masih lagi mempunyai pelbagai aset yang bernilai dan akan mempertimbangkan untuk menjualnya. Aset tersebut adalah hasil daripada manfaat ekonomi yang dilakukan semasa pemerintahan kerajaan BN untuk meningkatkan ekonomi negara dan rakyat.

Lupakah Tun Dr. Mahathir dan pemimpin PH lain bahawa Hotel Royale Chulan Bukit Bintang milik syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings telah dijual kepada syarikat Singapura dengan harga RM197 juta pada Februari lepas.

Penjualan aset ini amat merugikan negara kerana dijual dengan harga yang amat murah dan terletak kawasan tiga-segi emas Kuala Lumpur.

Tiadakah cara lain untuk menyelamatkan Malaysia seperti yang didakwa oleh kerajaan PH dan dijadikannya sebagai retorik politik untuk memenangi PRU 14 yang lepas.



Tindakan kerajaan PH pada hari ini dilihat lebih menimbulkan kerosakkan kepada negara serta menimbulkan kerisauan kepada rakyat Malaysia. Apakah lagi selepas ini? Adakah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Tun Razak Exchange akan dijual?

Hari ini semakin jelas tuduhan kerajaan PH bahawa BN menjual negara adalah penipuan semata-mata. Berdasarkan pencapaian lepas kerajaan BN, pada November 2016 hingga Mei 2017, kemasukan pelaburan asing bernilai RM366 bilion ke dalam negara hasil daripada kerjasama strategik Malaysia dan China yang diketuai Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kini, Malaysia dilihat semakin ketinggalan dan keterbelakang dalam konteks pembangunan ekonomi kerana pertukaran rejim yang tidak cekap mengurus tadbir negara dan hanya tahu menjual aset negara.

Kerajaan PH seharusnya giat melakukan misi dagangan untuk menarik pelabur asing untuk meningkatkan ekonomi bukannya menjual aset-aset bernilai negara.



Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris
Exco PPUM

Utusan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker