Menteri Komunikasi akan salur bantuan segera buat keluarga Fiza

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil akan menyalurkan bantuan kewangan segera kepada keluarga wartawan hiburan, Fiza Kamarudin, 40, yang kini dilaporkan kritikal dan dirawat di Hospital Charing Cross, London.

Perkara itu dikongsikan Fahmi pada hantaran dimuat naik menerusi Facebook.

Beliau memaklumkan Kementerian Komunikasi sudah meminta BERNAMA menyalurkan bantuan kewangan segera menerusi Tabung Kasih HAWANA.

“Saya mengikuti rapat perkembangan saudari Fiza yang kini kritikal di sebuah hospital di London.

“Saya sudah minta pihak BERNAMA untuk menyalurkan bantuan kewangan segera kepada beliau serta suami dan anak-anak menerusi Tabung Kasih HAWANA.

“Di pihak Kementerian Komunikasi, kami turut mendoakan beliau sembuh dan dipermudahkan segala urusan. Amin,” tulisnya dalam perkongsian hantaran berkenaan.

Terdahulu, Fiza dilaporkan kritikal selepas tidak sedarkan diri ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London, semalam.

Susulan itu, Fiza atau nama sebenarnya, Siti Nor Hafiza Kamarudin kini dirawat di Hospital Charing Cross, London.

Difahamkan, kejadian berlaku beberapa jam sebelum Fiza bersama keluarga berlepas pulang ke tanah air.

Fiza juga wartawan di portal Boom Malaysia dan Jurnal Malaysia milik KRU Media sebelum ini terpilih menerima tajaan pakej melancong bersama keluarga ke London.

Fiza, suami dan dua cahaya matanya berlepas pada pertengahan Disember lalu dan sepatutnya pulang ke Malaysia, semalam.

Sehubungan itu, Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) turut melancarkan kutipan tabung kecemasan bagi membantu memudahkan urusan Fiza dan keluarganya.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah sudah disunting?

Pelakon biadap, rasa diva sebab ramai followers – Kismah Johari

Muhammad nama paling popular di UK bagi tahun 2023

Aplikasi Al-Inarah menjawab segala kemusykilan agama anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker