Pusat hiburan tawar khidmat GRO diserbu

Pusat hiburan tawar khidmat GRO diserbu

Kegiatan sebuah pusat hiburan beroperasi tanpa lesen yang juga menawarkan khidmat wanita pelayan pelanggan (GRO) terbongkar menerusi serbuan pihak polis di sebuah premis di Taman Usahawan Kepong, di sini, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, serbuan menerusi Ops Noda itu dianggotai oleh sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dengan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Sentul.

Katanya, serbuan pada pukul 11.15 malam itu dilakukan pada premis yang menjalankan perniagaan pusat hiburan tanpa lesen.

“Hasil dari serbuan telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun yang merupakan penjaga premis diikuti enam wanita warga asing berusia antara 28 hingga 37 tahun dipercayai bekerja sebagai GRO di pusat hiburan tersebut.

Mengulas lanjut, menurut Eng Lai, siasatan di tempat kejadian mendapati premis tersebut telah digunakan sebagai pusat hiburan dan menjalankan perniagaan tanpa lesen.

Jelasnya, dalam serbuan tersebut pihak polis turut merampas peralatan-peralatan audio yang digunakan bagi tujuan hiburan dan sekeping resit perniagaan.

“Susulan serbuan keatas premis tersebut, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Seksyen 55B Akta Imigresen, dan Seksyen 39b Peraturan Imigresen.

“Polis Kuala Lumpur menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan tindakan tegas berlandaskan undang-undang sedia ada akan diambil terhadap individu-individu yang melanggarnya,” katanya. K Online

Pusat hiburan tawar khidmat GRO diserbu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker