Tak tahulah saya – Syamsul Yusof

Tak tahulah saya – Syamsul Yusof

Pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof enggan mengulas isu berbangkit membabitkan Datuk Adi Putra yang enggan ke Indonesia untuk promosi filem terbabit kerana berkecil hati dengan Studio Kembara yang masih bersikap ‘silent mode’ terhadapnya.

Syamsul keberatan untuk masuk campur dalam perkara ini dan lebih fokus mengenai keterujaannya untuk ke negara terbabit.



“Bukan saja Adi Putra, malah saya juga terkejut apabila Johan As’ari tidak ke Indonesia sedangkan hubungannya dengan kakitangan penerbit sangat akrab. Tak tahulah saya.

“Saya tak nak bergaduh. Kenyataan saya ialah saya pergi Indonesia kerana demi abang Yayan Ruhian. Sebabnya saya amat menghargai kesungguhannya terhadap filem ini.

“Tengoklah berapa kali dia datang Kuala Lumpur demi Mat Kilau. Dia sendiri yang mesej saya beritahu Indonesia menanti saya. Tolong datang,” katanya ditemui selepas menjayakan Wacana Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) Dari Buku Ke Layar di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia, di sini.

Turut terbabit sebagai panel wacana ini ialah pengarah Rashid Sibir dan Prof Dr Hatta Azad Khan, manakala Letfee Ahmad sebagai moderator.



Menurutnya pemergiannya semata-mata kerana Yayan dan peminat di sana.

“Saya akan ke sana esok manakala pratonton pada lusa. Saya akan pulang ke Malaysia semula pada Sabtu,” katanya.

Ditanya tidakkah terasa janggal promosi filem tanpa pelakon utama, Syamsul membayangkan akan berlaku kejutan nanti.

Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang akan ditayangkan di Indonesia pada 31 Ogos mencipta sejarah kerana ditayangkan di 200 pawagam di negara terbabit.



“Bukan mudah sebenarnya nak masuk ke sana. Saya nak guna kesempatan ini dengan berjumpa pengarah dan penerbit di sana.

“Mereka pun pelik macam mana Mat Kilau boleh meledak sebegini hebat di Malaysia,” katanya. MG

Tak tahulah saya – Syamsul Yusof


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suami Tengku Maimun buat hantaran negatif, bimbang pengaruhi keputusan pertuduhan – Najib

Amelia Henderson Terlalu Seksi, Peminat Doa Ada Lelaki Boleh Bimbingnya



Penyanyi Lelaki Selamba Cium BCL Atas Pentas Dikecam Netizen



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker