Mengenang Mustapha Kamal: Arwah Sokong Usaha MPI Bangunkan Kewartawanan – Chamil Wariya

Mengenang Mustapha Kamal: Arwah Sokong Usaha MPI Bangunkan Kewartawanan – Chamil Wariya

Pengasas pemaju hartanah Emkay, Allahyarham Tan Sri Mustapha Kamal, merupakan individu yang sangat menghargai peranan media dalam perniagaannya, kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Press Institute (MPI) Datuk Chamil Wariya.

Dalam catatan terbaharu di Facebooknya, Chamil berkata, Allahyarham telah menawarkan diskaun sehingga 30 peratus sewaktu MPI membeli tiga unit ruang pejabat di Radius Business Park Cyberjaya, yang dibangunkan Emkay.



Tidak cukup dengan itu, Chamil berkata, Mustapha juga meraikan Lembaga Pemegang Amanah MPI dalam satu majlis makan tengah hari di pejabat beliau di Damansara Perdana, dan istimewanya, hidangan hari itu disediakan oleh isterinya sendiri, Puan Sri Wan Nong Wan Ibrahim.

“Beliau memberitahu diskaun istimewa diberikan terhadap pembelian MPI bagi membolehkan MPI terus mengadakan latihan membangunkan modal insan kewartawanan.

Media sebelum ini melaporkan Pengasas syarikat hartanah, MK Land itu meninggal dunia di Institusi Jantung Negara (IJN) kira-kira pukul 7.45 pagi, Isnin akibat sakit tua.

Allahyarham yang berusia 73 tahun dilaporkan dimasukkan ke IJN tiga hari lalu selepas mengadu mengalami sakit dada.



Selain Wan Nong, beliau meninggalkan tiga anak perempuan Felina, Datuk Fazwirnna dan Farah Mahami serta seorang anak lelaki Ahmad Khalif dan 15 cucu.AA

Mengenang Mustapha Kamal: Arwah Sokong Usaha MPI Bangunkan Kewartawanan – Chamil Wariya

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pasangan Kekasih Selamba Buat Hubungan Seks Di Foyer Mahkamah Sampai 3 Kali Dijatuh Hukuman

Anak Azhar Sulaiman bikin panas lagi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker