“Hang Turun! Makin Lepas Makin Menjadi”–Anak Panjat Pintu, Bapa Membebel Undang Netizen Berdekah [VIDEO]

“Hang Turun! Makin Lepas Makin Menjadi"–Anak Panjat Pintu, Bapa Membebel Undang Netizen Berdekah [VIDEO]

“Hang Turun! Makin Lepas Makin Menjadi”–Anak Panjat Pintu, Bapa Membebel Undang Netizen Berdekah [VIDEO]

Lumrah pasangan yang mempunyai anak kecil, kadang-kala pasti mencabar kesabaran hingga ada yang sampai ‘pening kepala’ jadinya.

Tambah-tambah lagi bila anak kecil ini dah boleh berjalan kan, sel otak tu sentiasa berhubung lah untuk buat pelbagai perkara.

Nak marah pun takboleh sebab comel sangat kan.

Haha.

Perkongsian video yang dirakam di laman Tiktok kali ini bukan sahaja membuatkan si bapa geleng kepala, namun turut menghiburkan para netizen dek loghat yang dilontarkan bapa.



Nak dijadikan cerita, lelaki ini kelihatannya mencari anaknya diruang tamu rumah. Selepas diperhati betul-betul, rupanya si anak dah travel ke atas pintu rumah. Fuh.

Lebih menghiburkan apabila reaksi spontan si bapa yang terkejut membuatkan netizen turut sama berdekah.

“Ya Allah Ya Tuhan ku adik! Hang kalau jatuh satgi hang tak mendapat apa, aku yang mendapat!”

Sambil bapanya menurunkan anak itu, dia juga sempat membebel dengan perangai anaknya yang semakin menjadi-jadi, siap kata nak hantar pergi rumah pengasuh lagi. Adoi, yang adik ni pun masih steady ya.

Bukan itu sahaja, gaya suara bapa ini turut mendapat perhatian kerana dikatakan seakan-akan suara pelawak terkenal, Ropie.



Tak kurang juga yang menyakat bahawa bapa ini akan kena dengan si ibu. Ha jangan main-main

“Papa hang mendapat dengan mama hang, hang tahu tak?”

Rata-rata netizen terhibur dengan leteran si bapa terhadap insiden tersebut



Macam-macam hal lah kan. Ini baru seorang, kalau keluarga yang ada anak ramai tu memang tak menang tangan lah jawabnya.

😂😂😂

Sumber: TikTok

“Hang Turun! Makin Lepas Makin Menjadi”–Anak Panjat Pintu, Bapa Membebel Undang Netizen Berdekah [VIDEO]


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU NET


[VIDEO] Tunjukkan Bakat Rahsia lipat kaki, Aksi Lentik Elizabeth Tan Dipenuhi Komen Nakal dan Otak Kuning Lelaki Miang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker