Larangan 2 jari ke atas mangsa rogol

Pertubuhan Kesihatan Dunia sudah mengumumkan ujian 2 jari ‘tidak saintifik, tidak perlu dari segi perubatan dan tidak boleh dipercayai.

Pihak berkuasa Punjab, wilayah paling ramai penduduk di Pakistan, pada Sabtu juga telah melarang prosedur perubatan ketinggalan zaman untuk mangsa rogol menjalani pemeriksaan fizikal invasif.

Langkah itu menyusul tindakan pengkritik “ujian 2 jari” menyaman kerajaan Punjab, yang mempunyai 110 juta penduduk, tahun ini dalam usaha menghentikan amalan sejak zaman penjajahan British.

Penyokong pemeriksaan dalaman itu mendakwa ia boleh menilai persetubuhan rambang seorang wanita dan “maruah” mereka, serta sama ada wanita terbabit sudah “biasa dengan hubungan seks”.




Bantahan terhadap ujian berkenaan semakin meningkat beberapa tahun ini dengan pengkritik berkata, ia tidak memberi sebarang maklumat berguna dan menyebabkan mangsa rogol trauma.

Pihak berkuasa kesihatan Punjab pada September lalu mengakui ujian itu hanya mempunyai “nilai bukti terhad”, tetapi amalan itu masih diteruskan.

Larangan yang berkuat kuasa Sabtu itu, menghalang kes yang masih dibicarakan di mahkamah.

Kes sama juga sedang berlaku di wilayah selatan Sindh dengan momentum sedang meningkat untuk larangan itu dilaksanakan di seluruh Pakistan.



Seorang pengurus kes bagi mangsa keganasan seksual dan jantina, Sidra Humayun menyambut baik larangan itu yang akan menjadi cabaran untuk memastikan pekerja perubatan mematuhinya.

Katanya, mentaliti “mengaitkan kebolehpercayaan dakwaan mangsa rogol dengan maruah dan sifat murninya” dalam kes undang-undang juga perlu ditangani.

India sudah melarang ujian 2 jari pada 2013 yang diikuti Bangladesh pada 2018.

Rogol amah: Umum segera hasil siasatan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker