Shila Amzah hanya beraya di rumah arwah ibu mertuanya

 

 

 

Shila dan Ubai memilih sambutan Aidilfitri yang tenang dan santai.

SAMBUTAN Aidilfitri tahun ini agak berbeza buat penyanyi berbakat besar, Shila Amzah. Selain kembali bergelar isteri, bintang berusia 33 tahun itu juga sedang sarat hamil anak keduanya.



Namun disebabkan faktor kehamilannya, Shila dan suaminya yang juga pempengaruh media sosial, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli atau lebih dikenali sebagai Ubai MZ akan menyambut lebaran di rumah.

Jelas Shila atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah persiapan raya juga dibuat lebih awal bagi mengelakkan situasi yang tidak terjangka.

“Saya buat persiapan sebulan setengah sebelum puasa, seronok dapat buat persiapan tenang-tenang tanpa perlu bersesak-sesak dengan orang ramai.

“Disebabkan saya kini menghitung hari untuk bersalin, maka saya cakap dengan suami, kita hanya beraya di rumah arwah ibunya di Petaling Jaya dan tidak akan menziarahi sanak-saudara.



Sedang menanti kelahiran cahaya mata, Shila dan Ubai memilih sambutan Aidilfitri yang tenang dan santai. Foto Azrul Rafie (Astro)

“Saudara mara suami ramai di Pahang, Kelantan serta Melaka tetapi disebabkan saya sudah sarat dan masih lagi alami alahan ketika menaiki kenderaan, maka nampaknya kalau ada yang ingin menyambut Aidilfitri dengan kami, perlu datang beraya di rumah arwah maknya,” jelas Shila ketika ditemui baru-baru ini.

Tambah Shila, keluarga di sebelah suami juga sangat memahami keadaan dirinya dan dia sempat untuk menziarahi mereka ketika Aidilfitri tahun lalu.

 

Artikel Berkaitan:

 



“Saya rada ada hikmahnya walaupun saya masih lagi dalam fasa sedang mengenali saudara mara suami. Bagaimanapun tahun lalu saya sempat bertandang dan berkenalan.

“Cuma bila dah sarat mengandung, saya tak dapat berbuat demikian dan keluarga suami juga faham. Insya-ALLAH tahun depan pula.

“Tahun ini saya mahu menyambut lebaran secara ringkas dan tenang,” katanya.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker