Tak sempat bersolat sunat Aidilfitri, 3 lelaki terkorban dirempuh mati ‘Pemandu Stim Ganja’

Tiga lelaki warga Pakistan maut, manakala tiga lagi parah dirempuh kereta ketika berjalan kaki ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri pagi tadi.

Kejadian berlaku di Kilometer 16 Jalan Teluk Intan-Bidor, di sini, pagi tadi apabila sebuah Proton Saga dipandu lelaki berusia 36 tahun terbabas dan terlanggar enam warga Pakistan yang sedang berjalan kaki di bahu jalan.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, akibat kejadian itu, tiga daripada mangsa yang berusia antara 20 hingga 35 tahun disahkan meninggal dunia, manakala tiga lagi parah dan dirawat di Hospital Teluk Intan.



“Semua mangsa mempunyai permit dan dokumen perjalanan sah,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing terhadap pemandu Proton Saga mendapati lelaki itu positif ganja dan dia kini ditahan polis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu semasa di bawah pengaruh dadah dan menyebabkan kematian.

“Polis juga menahan kenderaan terbabit bagi tujuan pemeriksaan Puspakom,” katanya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Marah kawan dengan Bella, Muaz belikan ibu TV



“Hang yang bagitau abang hang aku pregnant bukan anak dia”

Kifarah Bella dapat laki buas – Ahli keluarga



Kek Lapis Baklava RM650 laku keras di Samarahan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker