[VIDEO] Setelah 21 Tahun Ditayangkan, Drama Gerak Khas Kini Masuk Ke Season Finale

Drama Gerak Khas yang merupakan sebuah siri drama televisyen kepolisan Malaysia terbitan Skop Productions dengan idea dan konsep asal oleh ACP (K) Datuk Yusof Haslam  merupakan siri drama yang paling lama bersiaran dan turut diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records.

Musim Terakhir

Mula ditayangkan pada 5 April 1999, drama yang sudah mempunyai 1026 episod ini begitu diminati ramai kerana memaparkan kes-kes jenayah yang sering berlaku di negara ini seperti penculikan, penyeludupan, pembunuhan, rompakan, ceti haram, penipuan, dadah dan sebagainya sehingga turut mempunyai filemnya tersendiri.



Ditayangkan Di TV3 Bermula 4 Disember 2020 

Bagaimanapun, selepas 21 tahun ditayangkan drama Gerak Khas bakal masuk ke musim terakhirnya apabila sebuah iklan promosi drama ini mula ditayangkan di kaca televisyen. Diberi tajuk sebagai Gerak Khas The Finale, menariknya lagi ianya akan ditayangkan di TV3 buat pertama kalinya bermula 4 Disember 2020 pada setiap hari Jumaat dan Sabtu, jam 10.30 malam. Terdahulu, untuk sekian lamanya drama ini telah bersiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan bersilih ganti beberapa ketika diantara TV1 dan TV2.



Menerusi iklan yang ditayangkan, kelihatan beberapa pelakon asalnya dikekalkan antaranya seperti Yusof Haslam,Norman Hakim, Abby Abadi, Erra Fazira, Salina Saibi, Deen Maidin dan Sheera Iskandar.

Turut kelihatan beberapa wajah baharu termasuklah Ungku Ismail, Izzat Mushtaq, Dazrin dan Roy Azman.-Murai

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=XTmxQyOxq0o[/embedyt]

BUTAK Tunjuk Taring! Terus Jadi Juara Selepas Sehari Ditayangkan!



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker