BUTAK Tunjuk Taring! Terus Jadi Juara Selepas Sehari Ditayangkan!

Biarpun baru sehari ditayangkan di saluran Astro First, filem arahan sutradara Sabri Yunos, Butak telah mengungguli carta filem apabila berada di kedudukan pertama.

Perkara itu diumumkan menerusi satu posting di Instagram Astro Shaw, semalam.

“Fuhh.. Butak hari ini di tangga pertama carta guys!



“Terima kasih kepada semua yang telah menonton.

“Carta filem Top 5 menempatkan Butak diikuti filem lain yang masih hangat permintaannya.

Sering menimbulkan kekecohan di kampungnya, Butak kemudian merajuk dan menyalahkan diri sendiri selepas berlakunya satu peristiwa yang meruntun hatinya.



Pada masa sama, kisah yang Butak sering dengar tentang ibadat Haji telah membawanya ke Pelabuhan Penang.

Terdetik di hati Butak untuk menaiki kapal merasai pengalaman itu sendiri, sujud di depan Kaabah memohon maaf di atas kesilapan lalu dan berubah menjadi seorang yang lebih baik.

Jangan lupa untuk menonton filem Butak yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 mulai hari ini.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem arahan Sabri Yunus ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang – Gempak



 

BUTAK… Kisah Tentang Seorang Remaja Nakal Yang Ingin Bertaubat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker