Covid-19 : 5 kematian, 170 kes baru.

Seramai 5 kematian baru jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban akibat wabak berkenaan seramai 82 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 170 kes jangkitan baru dilaporkan hari ini berbanding 134 semalam menjadikan jumlah komulatif positif 4,987.

Dalam pada itu, sebanyak 202 kes sembuh baru hari ini, menjadikan bilangan pesakit yang sembuh 2,478 orang sehingga kini.

Sementara itu jumlah yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) berjumlah 60.



“Daripada jumlah itu 33 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Sehingga kini sebanyak 2,427 yang masih dirawat.

FMT



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker