Biar Abang Johari umum saya bertanding atau tidak

#PRU15

Biar Abang Johari umum saya bertanding atau tidak

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menegaskan tidak akan membuat sebarang kenyataan sama ada dirinya bertanding di Santubong atau tidak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini.

Beliau berkata, perkara itu terpulang kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg untuk membuat pengumuman memandangkan beliau adalah Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS).



“Di Sarawak berlainan sedikit kerana kita taat kepada keputusan parti, jadi apabila parti berdiam, kita juga berdiam daripada membuat sebarang kenyataan.

“Selepas pengumuman diberi, barulah saya boleh beri kenyataan,” katanya selepas merasmikan Majlis Penyerahan PerantiSiswa Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 4,187 pelajar UPM golongan B40 menerima PerantiSiswa bagi memastikan pelajar dapat meneruskan pengajian dan menjayakan agenda pendigitalan pendidikan.

Sebelum ini, timbul spekulasi Wan Junaidi dikhabarkan tidak mahu mempertahankan kerusi Parlimen Santubong bagi parti GPS pada PRU15 ini.



Sumber berkata, Ahli Parlimen Santubong selama empat penggal itu meminta tidak dinamakan sebagai calon, sebaliknya mencadangkan partinya, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mencalonkan Setiausaha Politiknya, Syed Hamzah Syed Paie mengisi kekosongan itu.

Sementara itu, Wan Junaidi berkata, undi pos kepada pelajar dan pengundian secara dalam talian perlu dilaksanakan kerana ia disifatkan mampu mengurangkan kos pilihan raya.

Beliau berkata, perkara asas yang perlu ada ialah teknologi, sokongan dan peruntukan daripada kerajaan untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membeli peralatan canggih.

“Bayangkan di Amerika Syarikat sudah melakukan undian secara dalam talian sejak 2005, di tepi jalan pun mereka boleh buat (mengundi), jadi kenapa kita tidak boleh?



“Pentingnya teknologi ini diguna pakai kerana ia akan kurangkan kos, jadi tidak perlu menaiki helikopter lagi, tetapi dengan hanya menggunakan mesin kecil saja sudah memadai,” katanya.

Beliau berkata, di Sarawak umpamanya, seramai 55,000 pekerja terbabit untuk PRU yang membabitkan kos tinggi dikeluarkan.

“Kos untuk PRU saja mencecah RM1.01 bilion dilakukan secara serentak, jika berperingkat, tidakkah ia menelan belanja lebih banyak.

“Jadi kajian perlu dilakukan dan pentingnya undang-undang dipinda kerana kita ada 147 undang-undang yang sudah lapuk.



“Justeru saya tetap dengan pendirian perlu menggunakan teknologi pada PRU akan datang kerana kita perlu berpandangan jauh demi menyemarakkan lagi demokrasi negara kita,” katanya. BH

Biar Abang Johari umum saya bertanding atau tidak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’

Kembar Najib dan Mahathir



Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker