Malaysia naib juara Piala Dunia Hoki 5s

Malaysia naib juara Piala Dunia Hoki 5s

Skuad hoki 5 sebelah (5s) lelaki negara terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara selepas tewas 2-5 di tangan Belanda pada aksi final Piala Dunia Hoki 5s, sebentar tadi.

Meskipun tewas namun pencapaian mara ke final tetap sesuatu yang membanggakan apatah lagi berdepan pelbagai kekangan termasuk kekurangan dana bagi mempersiapkan diri menghadapi kejohanan edisi sulung itu yang berlangsung di Muscat, Oman.



Pada aksi final itu, Belanda membuka tirai jaringan menerusi Van Der Drift Yannick seawal minit pertama namun Malaysia berjaya menyamakan kedudukan menerusi kapten, Mohamad Akhimullah Anuar Esook seminit kemudian.

Gol penyamaan skuad negara bagaimanapun tidak bertahan lama apabila Belanda berjaya meledak dua gol selepas itu masing-masing menerusi Reyenga Pepijn pada minit keenam dan Van Der Drift Yannick minit ke-13.

Malaysia cuba memberi tentangan menerusi jaringan Muhammad Firdaus Omar pada minit ke-16 tetapi tidak cukup untuk menghalang kemenangan Belanda yang menambah dua lagi gol masing-masing menerusi Sander de Wijn pada minit ke-26 Jamie van Aart minit ke-28.

Sementara itu, Oman mengakhiri kempen kali ini di kedudukan ketiga selepas mengatasi Poland 3-2 pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat. BH



Malaysia naib juara Piala Dunia Hoki 5s

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aksi lucah, Siskaeee mengakui sakit mental



Durian Thai ‘so’ lemah, Malaysia lagi sedap – Tara Choi (Video)

Peniaga putu bambu menang RM1 juta, BMW X5



Kediaman Najib lengang tanpa penghuni



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker