Namron Tak Gentar Dilaporkan Kepada Polis Kerana Tidak Lakukan Kesalahan

Namron Tak Gentar Dilaporkan Kepada Polis Kerana Tidak Lakukan Kesalahan

Pelakon dan pengarah terkenal, Nam Ron akui terkejut apabila pertama kali sepanjang tiga dekad bergelar pelakon, dia dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang gara-gara salah satu hantaran yang dimuat naik dalam akaun Instagram miliknya.

Nam Ron atau nama sebenarnya Shahili Abdan berkata, dia telah disiasat bawah seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 selepas seorang individu melaporkan satu hantaran di Instagramnya.

Menurut Nam Ron, 53, dia hanya berkongsi tentang sebuah poster dalam hantaran berkenaan kerana merasakan ada mesej yang baik.

Saya tak buat sebarang ancaman dan hasutan serta saya bukan orang yang gila like apabila memuat naik posting dalam media sosial.

Jelas pengarah One Two Jaga itu, mungkin orang melaporkan dirinya ke pihak polis ada isu tidak berpuas hati dengan dirinya.

Buat apa hendak kejar like atau follower, benda tu tak penting sebab kebanyakan posting saya sekadar suka-suka ataupun parodi terhadap sesuatu isu.

Dalam pada itu, Nam Ron berkata walaupun dia dilaporkan kepada pihak polis, dia tidak gentar kerana tidak melakukan sebarang kesalahan serta tetap akan menjadi diri sendiri setiap kali memuat naik hantaran di media sosial. OM

Namron Tak Gentar Dilaporkan Kepada Polis Kerana Tidak Lakukan Kesalahan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker