Idan kena ‘reject’ , tak cukup pakej

Idan kena reject, tak cukup pakej

PELAKON Idan Aedan boleh dikategorikan antara bintang muda yang semakin menyinar di persada seni tempatan termasuk dilamar syarikat produksi antarabangsa.

Idan pernah beraksi dalam drama 13 Episod, Mr Midnight: Beware Of The Monsters untuk saluran Netflix, dua tahun lalu.



Dalam siri itu, Idan yang baru berusia 17 tahun ketika itu melakonkan watak Tyar dan penggambaran pula di Batam, Indonesia dan Singapura pada 2021.

Namun, ramai yang tidak tahu, Idan juga terpaksa bekerja keras dan ‘struggle’ untuk mendapat tempat pada awal pembabitan dalam bidang seni tempatan beberapa tahun lalu.

Menurut Idan atau nama sebenar, Muhammad Shahidan Abdullah, 19, namanya pernah di’reject’ (ditolak) produksi drama tempatan kerana dikatakan tidak cukup pakej untuk menjadi pelakon.

“Pihak produksi tidak beritahu secara terus, tetapi saya dapat tahu nama ditolak kerana tidak memiliki rupa paras kacak seperti pelakon lain.



“Bukan sahaja paras rupa, warna kulit saya yang gelap turut menjadi punca nama ditolak beberapa syarikat produksi tempatan sebelum ini,” katanya.

Bagaimanapun, kata Idan, dia tidak berputus asa untuk ‘menjual’ bakat lakonan walaupun industri arus perdana menolaknya ketika itu.

“Sebab itu, saya memilih untuk berlakon dalam naskhah yang ditayangkan menerusi platform penstriman Over The Top (OTT) seperti Mr Midnight: Beware The Monster.

“Saya banyak berlakon dalam platform OTT kerana produksi mereka tidak kisah mengenai paras rupa pelakon dan lebih menitikberatkan hasil lakonan,” katanya.



Ditanya sama ada dia kecewa apabila namanya ditolak produksi tempatan sebelum ini, kata Idan, dia tidak terlalu kecewa mahupun sedih ketika itu.

“Sebenarnya saya berasa simpati kepada pelakon lain yang ditolak disebabkan alasan sama sedangkan mereka berbakat besar untuk diketengahkan dalam industri seni.

“Saya pula percaya pada soal rezeki dalam bidang lakonan. Bila ditolak industri arus perdana ketika itu, saya terus mencari peluang pada platform lain seperti OTT yang tahu menilai bakat saya,” katanya pada sidang media selepas sesi pratonton filem Tebus di GSC The Starling, di sini, baru-baru ini.

Mengulas isu warna kulitnya pula, kata Idan, memang ada segelintir pihak yang mengkritik dan mempersoalkan perkara itu, tetapi dia tetap kekal positif.



“Ada pihak yang mempersoalkan warna kulit saya yang gelap, tetapi saya tidak terasa sangat sebab keluarga banyak beri sokongan dan semangat sejak dulu.

“Biar orang nak cakap apa pun, saya tidak mahu komen dan kritikan seperti itu mengganggu fikiran dan fokus dalam lakonan kerana saya mahu terus kekal positif,” katanya.

Projek drama bersiri pertama di TV

Beralih perkembangan karier lakonannya pula, kata Idan, dia bersyukur kerana tawaran berlakon tidak putus diterima ketika ini.



Menurut Idan, dia terbabit dalam penggambaran drama bersiri sebanyak 13 episod untuk stesen TV3 tidak lama lagi.

“Ia adalah drama bersiri pertama lakonan yang akan ditayangkan di TV.

“Saya tidak dapat berkongsi mengenai watak dan judul drama bersiri itu lagi buat masa ini,” katanya.

Tidak ketinggalan, kata Idan, dia juga akan terbabit dalam siri aksi untuk saluran Astro pada tahun ini.



“Saya berganding dengan pelakon hebat Beto Kusyairi dan Nadhir Nasar dalam siri itu nanti,” katanya yang berkongsi projek drama baharunya pada tahun ini.

Sementara itu, mengenai lakonannya dalam filem Tebus arahan Jason Chong pula, kata Idan, dia berganding dengan pelakon Aedy Ashraf dan Ahirine Ahirudin selaku teraju utama.

“Saya melakonkan watak Jalil, adik Johan (lakonan Aedy) yang mengalami masalah jantung dalam filem ini,” katanya.

Selain itu, filem Tebus menampilkan barisan pelakon seperti Azhan Rani, Jay Iswazir dan Marissa Yasmin.

Filem Tebus terbitan syarikat produksi tempatan, Vian Media Sdn Bhd itu kini boleh ditonton menerusi platform OTT terkemuka Amerika Syarikat (AS), Prime Video bermula 31 Ogos lalu. HM

Idan kena reject, tak cukup pakej

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon janda sondol suami orang

Allah nak tarik nikmat balik kejap saja – Syafiq Amzah

Ruhainies ditegur pakai seksi nampak lurah

Nur Nilam dedah video intim Azlan Komeng

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker