Kaunter saman ‘diserbu’, pengunjung mahu program AKM diperluas

Kaunter saman ‘diserbu’, pengunjung mahu program AKM diperluas

Kaunter pembayaran saman yang menawarkan diskaun hingga 80 peratus sempena Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) mendapat sambutan paling tinggi apabila ramai yang sanggup beratur panjang seawal jam 9 pagi.

Tawaran pembayaran saman yang terletak di Dewan Lima, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) ‘meriah’ dengan kehadiran orang ramai yang ternyata tidak mahu melepaskan peluang melangsaikan tunggakan saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Secara keseluruhan sebanyak 26 kementerian dan lima agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) membuka kaunter perkhidmatan masing-masing selain 98 jualan gerai usahawan dan penyertaan 70 majikan melalui karnival kerjaya.

Program 100 Hari AKM membuka tirai hari ini hingga Ahad bermula jam 9 pagi hingga 10 malam, dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang mana pemimpin negara itu turut membuat lawatan di Kapsul Keluarga Malaysia dan pameran kementerian serta agensi.

Selain diskaun saman, program menarik lain yang ditawarkan ialah Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia, Jom Masuk IPT Keluarga Malaysia, pertandingan e-sport, sukan rakyat, padanan perniagaan, zumba dan cabutan bertuah.

Bagi pesara kerajaan, Shaik Mohd Hassan Shaik Asaradin, 67, faktor usia tidak menghalangnya untuk menyertai program AKM ini bagi sama-sama menyemarakkan lagi semangat perpaduan selain untuk menyelesaikan tunggakan saman di bawah namanya.

Katanya, dia dapat menyelesaikan lapan tunggakan saman berjumlah RM200 berbanding nilai asal iaitu RM1,300.

“Berbaloi saya datang dari Subang Jaya pada jam 10 pagi tadi bersama jiran untuk selesaikan saman tertunggak. Walaupun ramai beratur, prosesnya cepat.

“Dalam masa dua jam saya sudah selesai semua urusan dan boleh pulang. Namun kalau boleh dipermudahkan lagi urusannya lebih elok kerana ada juga rakan warga emas seperti saya beratur panjang,” katanya ditemui hari ini.

Bagi peniaga, Noor Azman Md Noor, 50, pula dia mencadangkan supaya tempoh pembayaran diskaun saman ini dapat dilanjutkan bagi memberi peluang lebih ramai lagi pesalah trafik untuk menyelesaikan tunggakan saman.

“Tawaran pengurangan saman ini memang dinantikan dan saya amat berterima kasih kepada kerajaan kerana menawarkan diskaun seperti ini,” katanya.

Penjawat awam, Mohd Yuhanis bin Mohamad Yusof, 33, pula berkata dia mengharapkan supaya penganjuran program AKM dapat diperluaskan ke seluruh negeri bagi memberikan peluang rakyat diluar ibu kota untuk turut sama merasai pelbagai tawaran dan perkhidmatan sepanjang 100 hari pentadbiran Perdana Menteri.

Mohd Yuhanis berkata, dia berasa teruja kerana sudah lama tidak dapat merasai kemeriahan acara besar seumpama ini sejak negara dan dunia dilanda COVID-19.

“Penganjuran acara seperti ini juga menggambarkan bahawa keadaan negara bertambah baik termasuk dalam aspek ekonomi kerana rakyat sudah mulai keluar untuk mendapatkan perkhidmatan dan berbelanja di sini.

“Banyak perkhidmatan dan jualan menarik di sini, …memang tidak rugi datang, saya sendiri sanggup menaiki pengangkutan awam untuk datang dari Putrajaya,” katanya.

Pengunjung, Nur Shahirah Atieka Kalam ‘Elmi, 28, berkata banyak maklumat kejayaan dan pencapaian Perdana Menteri diperolehinya melalui penganjuran program itu melalui pameran yang memudahkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan.

“Program seperti ini wajar diadakan lagi setiap tahun dan diperluaskan ke negeri lain bagi memberi peluang mereka yang tidak berkesemapatan hadir di KLCC untuk turut sama turut serta selepas ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pameran Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Menteri), Mohd Ikhmal Abu Bakar, berkata melalui program ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menawarkan perkhidmatan memperbaharui kad pesara yang hanya boleh siap dalam tempoh lima minit.

Selain kemudahan oleh JPA, program AKM memberikan peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat lanjut mengenai agensi berkaitan lain seperti Angkatan Pertahanan Awam (APM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dengan cara lebih mudah.

Sepanjang program AKM diadakan, pengunjung boleh mendapatkan maklumat lanjut agensi di bawah tanggungjawab Menteri Tugas-Tugas Khas yang mungkin tidak diketahui sebelum ini.

“Pegawai dan kakitangan bertugas juga sentiasa bersedia berkongsi maklumat lanjut setiap agensi kepada pengunjung,” katanya. BH

Kaunter saman ‘diserbu’, pengunjung mahu program AKM diperluas


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Arab Saudi dikecam netizen, konsert Bieber halal, Tabligh haram

‘Saya pakai lagi seksi keluar dengan suami’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker