Tindakan pecat pekerja pakai salib tak selari ajaran Islam – Mufti

Tindakan pecat pekerja pakai salib tak selari ajaran Islam – Mufti

Tindakan sebuah restoran Cina Muslim di Kuala Lumpur memecat salah seorang pekerjanya kerana memakai lambang salib di tempat kerja tidak selari dengan ajaran Islam, kata Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Noor.

“Islam mengajar umatnya supaya berbuat baik dengan semua manusia, sama ada sesama saudara seagama atau saudara kemanusiaan walaupun berbeza agama,” katanya kepada FMT.



Beliau turut berpesan kepada umat Islam agar menjaga imej agama kerana lazimnya orang bukan Islam melihat kepada tingkah laku orang Islam untuk memahami ajaran Islam.

“Jika umat Islam berkelakuan buruk, maka ini memberikan gambaran buruk tentang agama (Islam), begitu juga sebaliknya,” katanya.

“Maka adalah suatu kewajipan ke atas setiap Muslim memaparkan kelakuan yang baik bagi meyakinkan orang bukan Islam tentang kebaikan agama suci ini.”

Ahad lepas, video seorang pekerja restoran memakai lambang salib di tempat kerja tular di media sosial. Restoran itu kemudiannya memecat pekerja itu, mencetuskan protes dalam kalangan warganet.



Wakil restoran Mon Chinese Beef Roti berkata pekerja itu dipecat selepas mereka mengetahui tentang video tular itu, lapor Berita Harian.

Beliau turut memohon maaf kepada mereka yang berasa tersinggung dan tidak selesa melihat pekerja lelaki itu memakai salib di dalam video itu. FMT

Tindakan pecat pekerja pakai salib tak selari ajaran Islam – Mufti

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

FD3: ‘Wahab’ jadi usikan Mas Idayu

GV10: Liza Hanim dapat ‘5M’ daripada Hetty Koes Endang



FD3: Syarif dan Syaiful juara minggu ke enam

GV10: Noryn Aziz tersingkir



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker