Larang jualan rokok iltizam tinggi Menteri Kesihatan

 

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr Koh Kar Chai tidak melihat larangan kerajaan itu sebagai usaha yang terlalu bercita-cita tinggi, kerana beliau percaya Menteri Kesihatan mempunyai iltizam politik untuk menguatkuasakannya.

\
\

“Saya percaya Menteri Kesihatan sekarang mempunyai iltizam untuk melaksanakannya, tetapi ia pasti memerlukan usaha kolektif seluruh kerajaan dan masyarakat untuk menjayakannya.

“Penguatkuasaan ketat mesti menjadi penekanan, terutamanya pada titik jualan,” katanya.

Tambahnya, langkah kerajaan untuk mengharamkan penjualan adalah langkah ke arah yang betul, kerana “lebih bagus jika segmen populasi yang lebih besar dapat dihalang daripada merokok”.

Pada sesi pertemuan ke-150 Mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Geneva pada 26 Jan, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, Malaysia berharap dapat meluluskan undang-undang yang akan mencetuskan “penamat generasi bagi tabiat merokok”.

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan bahawa rancangan untuk melarang penjualan rokok dan produk tembakau kepada mereka yang lahir selepas 2005 juga membabitkan vape dan rokok elektronik.

Ketua badan pemikir kesihatan tempatan mengingatkan kerajaan agar berwaspada mengenai “cita-citanya yang tinggi” untuk mengharamkan penjualan rokok dan produk tembakau bagi mereka yang dilahirkan selepas 2005.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial Azrul Mohd Khalib berkata, rancangan itu “bercita-cita tinggi” kerana ia berupa larangan yang hampir serta-merta.

Justeru Putrajaya perlu berhati-hati apabila melaksanakannya dan memastikan ia mendapat sokongan yang diperlukan daripada rakyat, tambahnya.

“Larangan merokok berdasarkan generasi ini berupa larangan yang hampir serta-merta, malah lebih awal daripada (yang dilaksanakan) New Zealand,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, penguatkuasaan yang lebih ketat dan berkesan penting untuk memastikan larangan itu dapat dijayakan.

“Berdasarkan rekod prestasi Malaysia, mengambil contoh larangan merokok di kedai makan, penguatkuasaan akan menjadi titik lemah serius yang perlu diatasi.

 

“Bukan sahaja berkenaan larangan, tetapi juga dalam melawan pasaran gelap tembakau,” katanya.

Terdahulu, FMT melaporkan, Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI) menjangkakan “pasaran gelap yang tidak terkawal” untuk rokok dan rokok elektronik akan berkembang.

“Ini adalah satu langkah berani dengan potensi untuk membuat lonjakan besar yang tidak pernah dilihat sebelum ini dalam kawalan tembakau, secara drastik membanteras perokok baharu di Malaysia,” kata Azrul.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr Koh Kar Chai tidak melihat larangan kerajaan itu sebagai usaha yang terlalu bercita-cita tinggi, kerana beliau percaya Menteri Kesihatan mempunyai iltizam politik untuk menguatkuasakannya.

\
\

“Saya percaya Menteri Kesihatan sekarang mempunyai iltizam untuk melaksanakannya, tetapi ia pasti memerlukan usaha kolektif seluruh kerajaan dan masyarakat untuk menjayakannya.

“Penguatkuasaan ketat mesti menjadi penekanan, terutamanya pada titik jualan,” katanya.

Tambahnya, langkah kerajaan untuk mengharamkan penjualan adalah langkah ke arah yang betul, kerana “lebih bagus jika segmen populasi yang lebih besar dapat dihalang daripada merokok”.

Pada sesi pertemuan ke-150 Mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Geneva pada 26 Jan, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, Malaysia berharap dapat meluluskan undang-undang yang akan mencetuskan “penamat generasi bagi tabiat merokok”.

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan bahawa rancangan untuk melarang penjualan rokok dan produk tembakau kepada mereka yang lahir selepas 2005 juga membabitkan vape dan rokok elektronik.

Larang jualan rokok iltizam tinggi Menteri Kesihatan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali

Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker