Piala Asia: Akibat bergaduh dengan jurulatih, penjaring terbanyak dihantar pulang

DOHA: Jordan menghantar pulang penjaring terbanyak mereka, Hamza Al-Dardour selepas bergaduh secara terbuka dengan jurulatih, Hussein Ammouta ketika kemenangan ke atas Iraq di pusingan 16 terakhir Piala Asia 2023, semalam.

Dardour yang menjaringkan 35 gol untuk negaranya bergaduh dengan Ammouta di tepi garisan pada masa kecederaan selepas menang 3-2 ke atas Iraq.

Pengadil melayangkan kad merah kepada pemain berusia 32 tahun itu, walaupun tidak dimasukkan sebagai pemain gantian.

Dalam satu kenyataan, Jordan berkata, Dardour ‘melanggar arahan pasukan’.

Rakaman video menunjukkan penyerang itu ditenangkan rakan sepasukan selepas berbalah dengan Ammouta.

Dardour dimasukkan dua kali sebagai pemain gantian ketika aksi Jordan di peringkat kumpulan menentang Malaysia dan Bahrain.

Antara kehebatannya termasuk menjaringkan empat gol dalam satu perlawanan ketika menentang Palestin di Piala Asia 2015.

Jordan akan berdepan Tajikistan di suku akhir, Jumaat ini. – AFP

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai 71 aset Daim yang tidak disytihar

Video lucah ‘Dark Side’ Malaysia serendah RM35

Uqasha ditinggalkan sendirian ketika hamil

Gol Faisal Halim dipertimbangkan untuk merebut Anugerah Puskas FIFA

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker