Masuk campur kes Adib: Pembangkang desak AG letak jawatan

Ahli-ahli Parlimen pembangkang mendesak supaya Peguam Negara (AG), Tommy Thomas supaya meletakkan jawatan selepas dilihat masuk campur dalam prosiding inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Ketua pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihaknya turut mendesak supaya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Tommy.

“Malangnya pegawai daripada Jabatan Peguam Negara, Hamdan Hamzah telah membuat afidavit dalam mahkamah bahawa kematian Adib bukan disebabkan dipukul oleh mana-mana individu. Ini menunjukkan bahawa pihak AG mempunyai pemikiran dan telah membuat keputusan sebelum koroner selesai menjalankan inkues.

“Kami berpandangan bahawa ia campur tangan yang amat jelas dan ketara termasuk terbaharu apabila peguam mewakili kementerian, bomba dan keluarga diarah untuk tarik diri.

“Jadi nampak jelas bahawa campur tangan dalam isu ini dan kita merasakan bahawa AG bertindak di luar kuasa yang ada sekali gus ini merupakan kegagalan daripada AG,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Awani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker