Rumah dah siap, pahat berbunyi: Ismail Sabri kritik proses pemecatan

 

Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob berkata terdapat kecatatan dalam proses pemecatan dan penggantungan beberapa pemimpin parti itu semalam.

Menurut Ismail dia tidak bersetuju dengan keputusan tersebut memandangkan jawatankuasa disiplin tidak pernah menasihatkan presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi untuk mengambil tindakan terhadap mereka

“Saya menyatakan tidak setuju dengan keputusan tersebut atas alasan pemecatan dan penggantungan dibuat tidak mematuhi proses perundangan dan bertentangan dengan prinsip ‘natural justice’ seperti hak membela diri.

“Tiada surat tunjuk sebab bagi yang dituduh mengetahui pertuduhan terhadap mereka, tiada ruang menjawab pertuduhan melalui surat tunjuk sebab tersebut,” katanya dalam hantaran di Instagram.

Semalam, Umno mengumumkan langkah drastik dengan memecat bekas ketua pemudanya, Khairy Jamaluddin dan bekas pengerusi perhubungan Umno Selangor, Noh Omar atas dakwaan melanggar disiplin parti semasa pilihan raya umum lalu.

Ahli Parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein dan penyandang timbalan Ketua Pemuda Umno, Shahril Hamdan pula digantung selama enam tahun.

Turut digantung ialah bekas Ahli Parlimen Jempol, Salim Sharif dan bekas Adun Tiram, Maulizan Bujang.

Seramai 42 ahli Umno lain turut dipecat daripada parti itu atas dakwaan melakukan pelbagai kesalahan.

‘Jawatankuasa disiplin tak pernah nasihat Zahid’

Menurut Ismail, jika pihak yang menuduh tidak berpuas hati, mereka yang dituduh perlu dirujuk kepada pendengaran dalam jawatankuasa disiplin bagi mempertahankan diri.

Tambahnya, pertuduhan ke atas mereka perlu dibuktikan dengan saksi juga boleh dibawa kepada jawatankuasa disiplin.

“Jika jawatankuasa disiplin mendapati yang dituduh bersalah atau sebaliknya, maka jawatankuasa disiplin perlu memberi cadangan kepada jawatan kuasa pengurusan Umno.

“Jawatankuasa pengurusan Umno perlu berbincang dan membawa cadangan ke MT untuk keputusan,” kata bekas perdana menteri itu.

Bagaimanapun kata Ismail, proses tersebut tidak dilaksanakan oleh parti itu.

“Saya dimaklumkan jawatankuasa disiplin tidak pernah menasihatkan presiden untuk sebarang tindakan namun hanya memaklumkan tentang terdapat laporan dibuat terhadap yang dituduh.

“Maka saya menyatakan tidak bersetuju dengan keputusan tersebut kerana terdapat kecacatan nyata dalam proses membuat keputusan memecat dan menggantung mereka.

“Sebagai sebuah parti yang bertamadun, Umno mesti dilihat telus dalam membuat sebarang tindakan,” ujarnya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]

Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)

Kecil-kecil jadi pembuli (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker