KKM nafi keluarkan infografik berkenaan pengambilan dos ke-4 vaksin COVID-19

KKM nafi keluarkan infografik berkenaan pengambilan dos ke-4 vaksin COVID-19

Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan pihaknya pernah menerbitkan infografik berkaitan pengambilan dos vaksin COVID-19 keempat seperti yang ditularkan.

KKM menerusi hantaran di Facebook malam ini memaklumkan bahawa infografik yang tular itu adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan pihaknya.

“Bagi memastikan fasa Peralihan ke Endemik yang akan bermula pada 1 April ini dilaksanakan dengan selamat, fokus paling utama adalah memupuk kesedaran komuniti ataupun solidariti komuniti serta tanggungjawab individu terhadap pematuhan SOP (prosedur operasi standard) dan meluaskan capaian program vaksinasi sedia ada,” menurut hantaran itu.

Hantaran itu turut menjelaskan, penerima vaksin lengkap jenis Sinovac berumur 18 tahun ke atas dan warga emas berumur 60 tahun ke atas yang telah menerima vaksin lengkap semua jenis perlu mendapatkan dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap mereka seperti yang diumumkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada 24 Feb lepas.

Tempoh masa yang ditetapkan telah dilanjutkan sehingga 31 Mac ini dan status vaksinasi lengkap akan ditukar kepada tidak lengkap sekiranya masih belum mendapat dos penggalak, bermula 1 April ini.

— BERNAMA

KKM nafi keluarkan infografik berkenaan pengambilan dos ke-4 vaksin COVID-19

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Johor kurang kesedaran politik Islam, Muhyiddin pertahan kenyataan Hadi

Tangmo Nida Dipaksa Layan Nafsu Lelaki VVIP Sebelum Jatuh Bot? [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker