Juruterbang helikopter masih hidup ketika ditemui – Ka Siong

helikopter terhempas

Juruterbang helikopter masih hidup ketika ditemui – Ka Siong

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong memaklumkan beliau tidak melakukan apa-apa kesilapan apabila memaklumkan bahawa juruterbang helikopter yang terbabit nahas dua hari lalu masih hidup ketika ditemui pagi semalam.

Bagaimanapun, katanya, juruterbang itu kemudian meninggal dunia dua jam kemudian ketika proses menyelamat dan membawanya keluar dari lokasi insiden berkenaan.

Ka Siong berkata, beliau menerima mesej daripada Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Chester Voo memaklumkan penemuan mangsa dan bangkai hekikopter pukul 8.49 pagi semalam.

Beliau berkata, Chester memaklumkan padanya bahawa bangkai helikopter sudah ditemui dan juruterbang masih lagi hidup ketika pasukan mencari dan menyelamat mendekati lokasi berkenaan.

“Apabila saya dapat maklumat ini, selepas 10 minit kemudian saya bincang dengan Chester untuk kongsi maklumat tersebut kerana berita ini orang ramai tengah tunggu.

“Saya mengambil keputusan untuk maklumkan perkara itu kerana kita mahu kongsi secara telus perkembangan insiden nahas itu,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Keselamatan Penerbangan Kebangsaan (SSP) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC), di sini hari ini.

Namun, katanya, apa yang dikongsi oleh Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri pada sidang akhbar mengenai kematian juruterbang berkenaan adalah dua jam selepas penemuan mangsa.

Ka Siong berkata, apa yang dikongsinya kepada umum berdasarkan transkrip dan prosedur operasi standard (SOP) yang digunapakai di KLATCC di sini, yang berfungsi sebagai pusat mencari dan menyelamat (SAR).

“Apa yang menyedihkan saya, pihak pembangkang mengecam kita kerana tidak maklum maklumat tepat, kita cakap hidup padahal sudah mati.

“Saya lagi sedih apabila ada netizen cakap, kenapa yang mati bukan menteri, bila sampai macam tu, saya telan sahaja kerana saya tahu apa yang saya lakukan adalah dari sanubari saya,” katanya.

Media semalam melaporkan, juruterbang helikopter yang terputus hubungan dengan KLATCC dan dilaporkan hilang di kawasan Bidor dua hari lalu. dilaporkan meninggal pada pukul 10.46 pagi selepas ditemui.

Dalam perkembangan sama, Ka Siong berkata, laporan siasatan awal kemalangan membabitkan helikopter Eurocopter EC120B itu akan diketahui dalam masa 30 hari.

Jelasnya lagi, laporan lengkap akan diketahui dalam tempoh setahun sekiranya wujud kelemahan dan pelanggaran peraturan.

“Bermula semalam, kes berkenaan diambil alih Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) dan saya akan dapatkan laporan awal dan saya akan maklumkan kepada pihak media, untuk maklumat awal,” katanya. K Online

Juruterbang helikopter masih hidup ketika ditemui – Ka Siong


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal tolong angkat skrol jatuh ketika istiadat (Video)

Masjid Noori Berusia 120 Tahun Muncul Semula Selepas Tiga Dekad Tenggelam [VIDEO]

Ustazah Asma Tak Tahan Dikecam Berterusan Tanpa Sebab (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker