Aliff Syukri bakal bertanding PRU15

Aliff Syukri bakal bertanding PRU15

Siapkan Diri Bertanding PRU15, Aliff Syukri Dah Lama Rancang Nak Masuk Politik

Bukan sekadar gimik, usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri berkata dia telah memasang impian untuk bergelar wakil rakyat sejak lama dahulu dan bukanlah angan-angan kosong semata.

Aliff,35, perkara tersebut sudah lama diimpikan dan menganggap waktu ini adalah merupakan saat yang sesuai untuk merealisasikan impiannya itu.

Malah, ujarnya lagi, dia bersedia untuk mencuba nasib bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Siapa kata gimik? Saya memang menaruh harapan untuk masuk politik. Ikhlas dari hati memang saya serius nak mencuba bidang politik selepas ini. Kalau boleh saya nak jadi calon dalam pilihan raya umum akan datang, seterusnya diangkat memegang jawatan perdana menteri. Saya yakin saya mampu membawa tugas PM dengan baik.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Dia memaklumkan mengenai perkara itu ketika dihubungi sebuah media, baru-baru ini.

Tambah Aliff Syukri lagi, dia menerima banyak sokongan yang hebat daripada peminat Instagram sejak memaklumkan hasratnya untuk menjadi seorang pemimpin dan wakil rakyat sebelum ini.

Pengikut saya di media sosial pun banyak bagi sokongan walaupun ada masa saya pun keliru sebenarnya mereka memang ikhlas sokong atau hanya nak perli saya? Tak apalah saya anggap mereka benar-benar ikhlas mahu saya jadi PM.

Kini mula berjinak-jinak ke arah itu, usahawan kosmetik ini berkata dia sanggup bermula daripada bawah asalkan dapat berkhidmat dan berjasa kepada semua orang. Bn

Aliff Syukri bakal bertanding PRU15

Kamu Semua Lakukan Penggubahan Wang Haram, Najib Yang Disalahkan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker