Jangan angkuh Sanusi – Tiong

Jangan angkuh Sanusi – Tiong

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Tiong King Sing menegur Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor kerana berulang kali mengeluarkan kenyataan angkuh yang didakwa boleh memburukkan industri pelancongan Kedah.

“Justeru, apabila menyentuh mengenai permasalahan yang ada, semua pihak bertanggungjawab untuk mengambil perhatian serius dan mencari jalan penyelesaian.

“Maka, bukannya bertindak terburu-buru, menafikan usaha mana-mana pihak atau hanya pejam mata seolah-olah sebagai tiada apa yang berlaku,” katanya pada satu kenyataan semalam.

Ini selepas Sanusi dilaporkan menjemput Tiong melawat Langkawi berikutan kenyataannya di Dewan Rakyat pada Selasa lepas (19 Sep), mendakwa beberapa pegawai kerajaan dikatakan mengganggu pelancong berhubung etika berpakaian dan penggunaan alkohol.

Tiong juga dipetik oleh NST memberitahu Ahli Parlimen Langkawi Mohd Suhaimi Abdullah di Dewan Rakyat bahawa pelancong bukan Islam juga mendapati sukar untuk memakai seluar pendek atau membeli alkohol di pulau itu kerana sekatan yang dikuatkuasakan oleh anggota keselamatan.

Justeru, Tiong menegaskan Sanusi sebagai menteri besar negeri perlu menjelaskan sekatan itu.

Sanusi sejak itu menafikan dakwaan tersebut, berkata kerajaan Kedah tidak akan menyiasat perkara berkenaan “kerana dakwaan Tiong tidak berasas.”

Tiong kemudian memberi maklum balas berkata menjadi tugas dan kewajipannya sebagai menteri untuk memahami masalah yang dihadapi oleh industri pelancongan tempatan.

“Namun, saya percaya sekiranya (seorang) menteri boleh mendapati isu-isu sedemikian berlaku semasa turun padang, maka ia menunjukkan bahawa masalah tersebut sudah menjadi semakin besar dan serius.

“Sebagai ‘ketua keluarga’ di Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi sepatutnya mengutamakan kebajikan penduduk Kedah dalam segala hal.

“Dalam masa sama bekerjasama dan menjalin komunikasi dengan YB Tan Sri Abdul Hadi selaku ‘ketua keluarga PAS’ dalam mencari kaedah untuk mempromosikan pembangunan positif negeri, bukannya berulang kali mengeluarkan kenyataan angkuh yang berupaya menjejaskan industri pelancongan dan mengundang kemerosotan ekonomi negeri,” katanya.

Menurut Tiong, perkara yang dibangkitkannya itu semata-mata bertujuan memperbaiki kelemahan yang ada melibatkan industri pelancongan di seluruh negara, bukannya hanya tertumpu di negeri-negeri tertentu seperti Kedah.

“Kita tidak boleh menafikan kelemahan yang wujud, termasuk ketirisan dan penyalahgunaan kuasa pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan sendiri.

“Kita semua perlu memainkan peranan bersama-sama bagi memastikan kejadian-kejadian yang negatif atau tidak membawa manfaat malah merugikan negara sepatutnya tidak berulang di masa hadapan,” katanya.

“Jangan sesekali gambarkan Malaysia sebagai negara ekstrem dan dikuasai oleh pelampau agama serta kaum tertentu, hanya kerana kemaruk meraih publisiti sendiri tanpa menghiraukan kesan buruk yang menimpa negara sehingga merugikan rakyat Malaysia,” jelas Tiong lagi. Mk

Jangan angkuh Sanusi – Tiong

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hot Seats Gegar Vaganza GV10 bukan 5 tapi 6, Liza Hanim, Zamani bersaing sengit

Musa Hassan kini suami Qistina

Kehadiran Andi hangatkan lagi hubungan dengan Puteri Sarah

Ramai nak ‘try’ Puteri Sarah – Yusof Haslam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker