ISU NILAI 3 – POLIS AKAN PANGGIL NEELOFA DAN PU RIZ

ISU NILAI 3 - POLIS AKAN PANGGIL NEELOFA DAN PU RIZ

ISU NILAI 3 – POLIS AKAN PANGGIL NEELOFA DAN PU RIZ

NILAI: Polis akan memanggil usahawan dan selebriti Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa dan Pu Riz  untuk memberikan keterangan berhubung dakwaan kunjungan mereka ke premis menjual permaidani di Pusat Perniagaan di Nilai 3, di sini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, berkata pasangan itu akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, dalam masa terdekat.

“Kami telah menjalankan siasatan berkaitan penularan gambar dan video membabitkan selebriti berkenaan dan suaminya di laman sosial dipercayai berada di sebuah premis menjual permaidani di Pusat Perniagaan Nilai 3.



“Sehubungan itu, mereka akan dipanggil ke IPD ini dalam masa terdekat untuk memberi keterangan berkaitan perkara berkenaan.

“Siasatan akan dilakukan di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan Bersyarat NO. 4) 2021.

“Siasatan juga akan dibuat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Beliau berkata kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya selepas siasatan selesai.



Katanya, polis menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan.

“Kegagalan mematuhi perintah ini membolehkan tindakan diambil terhadap mereka di bawah peruntukan undang-undang yang masih berkuatkuasa,” katanya.

Terdahulu, viral video berdurasi 15 saat dipercayai dimuat naik Neelofa di Instagram (IG) memaparkan dirinya dan suami berada di sebuah kedai dipercayai Pusat Borong Nilai 3 di Nilai, Negeri Sembilan.

Malah, beberapa pengguna laman sosial Twitter turut mendakwa terlihat pasangan terbabit di Nilai 3 dan mempersoalkan mereka merentas negeri.



SUMBER : BERITA HARIAN

Ingkar SOP: Neelofa, Hafis dan keluarga dikompaun RM60,000

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker