Pinda Perlembagaan jika mahu SPP dipengerusi bukan menteri – Musa Hassan

Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi melaksanakan cadangan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) dipengerusikan individu lain selain menteri.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, pindaan itu tertakhluk kepada Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa tiada mana-mana pihak yang mempunyai kuasa mutlak apabila timbul isu membabitkan urusan pertukaran dan pelantikan pegawai dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Pengerusi SPP sendiri boleh memberi kuasa perwakilan kepada KPN untuk melantik atau menukar mana-mana pegawai atasan, sekiranya perlu berbuat demikian,” katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador pada Jumaat mendakwa, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyalahgunakan kedudukannya dengan mencampuri urusan polis termasuk menyekat pertukaran pegawai polis bermasalah.

Ayahanda Rani tanya, “motor Pakistan bawa karpet daftar kenderaan dagangan?”

Mengulas lanjut, Musa berkata, campur tangan ahli politik dalam urusan polis secara berterusan akan menyebabkan pasukan keselamatan berkenaan ‘hilang taring’.

Beliau tidak menafikan perkara berkenaan telah berlaku sejak sekian lama dan turut mengganggu operasi pasukan polis.

Dakwanya, terdapat dalam kalangan ahli politik cuba mengawal pihak berkuasa dengan mengeluarkan arahan secara terus kepada pegawai operasi tanpa pengetahuan Ketua Polis Negara.

“Ketika zaman saya dahulu, ada orang politik yang suruh polis bebaskan geng mereka dan ada juga yang beri arahan kepada ketua polis negeri tanpa pengetahuan saya.

“Campur tangan politik ini berlaku membabitkan operasi sehingga ia boleh menyebabkan proses siasatan terganggu,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma

Finas tolak permohonan geran Afdlin Shauki bermotif politik, kata Anwar

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker