Ayahanda Rani tanya, “motor Pakistan bawa karpet daftar kenderaan dagangan?”


TIDAK kering gusi dibuatnya apabila terbaca kenyataan di laman sosial Abdul rani kulop sahaja yang juga merupakan Ketua Bahagian Bandar Tun Razak dari parti PUTRA Malaysia.

Dalam beliau serius memberitahu, beliau terjun ke dunia politik hari ini adalah untuk memperjuangkan nasib para peniaga Melayu yang ditindas.

Hari ini, perkongsian catatan yang dibuat oleh beliau, menyentuh tentang peniaga permaidani atau karpet yang dijalankan oleh orang Pakistan di negara kita sejak sekian lama.

Orang Pakistan ini meniaga karpet dengan menunggang motosikal dan suatu ketika dahulu, di kawasan kampung-kampung, golongan ini menjual karpet dengan membawa karpet di atas basikal.

Murah-murah, boleh bayar ansuran karpet yang dijual oleh golongan ini!

Abdul Rani atau lebih dikenali dengan panggilan Ayahanda dalam hantaran di media sosialnya mempersoalkan tentang kebenaran kenderaan persendirian membawa barangan perdagangan.

Tulis Rani, kalau kenderaan persendirian tidak boleh membawa barang, kenapa pula Pakistan jual karpet (permaidani) ke hulu dan ke hilir, membawa karpet naik motor. Boleh pula.

Sambung lagi catatan Rani, “bukankah karpet itu barang dagangan dan kenderaan yang digunakan, mesti didaftar sebagai kenderaan dagangan (perdagangan)?”

Kata Rani, “Ayah tinggalkan soalan ini untuk korang carutkan.”

Sambung Rani lagi mungkin dalam nada berseloroh, “Ayah nak pergi bazar sekejap. Nak pauy orang jual kuih muih dua tiga jenis atas kapasiti Ayah sebagai ahli pertubuhan ayahanda.”

Begitulah cuitan dalam satuts tulisan Ayahanda Rani walaupun ada kelucuannya, ada juga soalan yang mengundang kita untuk berfikir. SM

Masuk politik, Ayahanda Rani Kulup jadi “abang jago”

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker