JPJ minta bantuan polis kesan suami Fatin Afeefa

JPJ minta bantuan polis kesan suami Fatin Afeefa

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meminta bantuan polis bagi mengesan suami pelakon Fatin Afeefa, dikenali Opai bagi membantu siasatan.

Ia susulan penggunaan nombor pendaftaran ‘QPA1’ yang bukan didaftarkan atas kereta McLaren miliknya.



Timbalan Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Erick Jusiang berkata, sehingga kini lelaki itu belum hadir ke Pejabat JPJ untuk dirakam keterangan selepas notis panggilan temu siasat diserahkan.

“Kita sudah menyerahkan notis itu ke alamat rumahnya namun selepas 14 hari dia tidak datang.

“Jadi kita meminta bantuan polis kerana mereka ada kuasa untuk mengeluarkan waran dan mengesannya di rumah,” katanya ketika ditemui selepas Op Khas Motosikal Sempena Hari Raya Aidiladha di Jalan Pahang, di sini, malam tadi.

Beliau percaya Opai masih berada di ibu negara dan menganggap tindakan mengabaikan notis temu siasat itu sebagai mencabar JPJ.



Terdahulu, suami kepada seorang pelakon wanita dikecam teruk selepas tular videonya didakwa menghina kenderaan bukan ‘super car’ pada sebuah acara pertunjukan kereta, baru-baru ini.

Harian Metro melaporkan, JPJ Kuala Lumpur menggesa pemilik kenderaan mewah McLaren yang tular minggu lalu tampil membuat laporan.

Susulan itu, lelaki terbabit memuat naik satu klip video menafikan dakwaan dia dipanggil pihak berkuasa berhubung kejadian tular itu. HM

JPJ minta bantuan polis kesan suami Fatin Afeefa



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini sebab Mamat tidak hadir majlis pernikahan Shuib



Bangun Pagi Dah Ada Husband – Watie

Shuib tak jemput Sepahtu ke majlis nikah?



Shuib tersalah sebut nama isteri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker