PAS guna agenda pecah dan perintah – Khairuddin

PAS guna agenda pecah dan perintah – Khairuddin

Bekas menteri Khairuddin Aman Razali tampil mempersoalkan sama ada di sebalik hasrat PAS untuk kerjasama dengan Umno, parti itu mahu mengamalkan agenda ‘pecah dan perintah’.

Menurutnya perlu diperingatkan bahawa BN berpakat dengan PH sebagai gabungan parti-parti bukannya dengan DAP secara bersendirian.



Itupun katanya, selepas pilihan raya umum (PRU) di saat tiada parti mempunya majoriti yang membolehkan kerajaan ditubuhkan dan dengan titah Yang di-Pertuan Agong.

“Tetapi naratif ini sengaja diulang oleh PAS untuk membina persepsi negatif terhadap kerjasama kerajaan perpaduan. Itulah kerja PAS membina persepsi negatif pada parti lawan.

“Kerjasama politik antara BN dan PH diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi Umno bukannya keputusan individu seusai PRU. Keputusan untuk kerjasama dengan mana-mana parti juga mesti keputusan oleh parti bukannya individu-individu.

“Adakah PAS mahu bermain dengan agenda pecah-perintah di kalangan pemimpin Umno sebagaimana PAS lakukan di akhir-akhir berkerajaan bersama di peringkat persekutuan sebelum ini?” soal bekas ahli Parlimen Kuala Nerus itu.



Khairuddin berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyatakan partinya tidak menolak kemungkinan menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) dan sekali lagi bekerjasama dengan Umno memandangkan sebahagian besar ahli akar umbi masih sayangkan gabungan itu.

Bagaimanapun ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata PAS sedia bersama Umno tetapi dengan syarat kerjasama itu tidak melibatkan pemimpin Umno yang berpakat dengan DAP.

“Gagasan penyatuan ummah MN masih terbuka dan PAS bersama Bersatu dalam PN yakin ummah ini perlukan penyatuan dan muafakat.

“Kita penuh yakin dalaman Umno yang masih sayangkan gagasan ini dan demikian juga dalam PN.



“Bagaimanapun, kita mesti buang yang keruh, yang punya agenda peribadi sehingga mengetepikan agenda ini dan sanggup bersekongkol dengan DAP yang jelas ditentang sebelum ini,” katanya, semalam.

Sementara itu Khairuddin yang kini setiausaha eksekutif Majlis Ulama Umno juga mengingatkan dengan apa yang pernah DAP sebut dulu untuk bekerjasama dengan PAS sahaja tetapi tidak dengan presiden PAS.

“Ketika itu pemimpin PAS bermatian mengecam DAP. Nampaknya hari ini mereka pula membuat perkara yang sama. Tapi biasalah sesuatu yang haram bagi orang lain akan jadi halal jika PAS melakukannya.

“Syarat kerjasama politik hendaklah dengan niat ikhlas menyatukan umat dan bekerjasama atas dasar kebajikan. Jangan dengan niat terselindung memecahkan parti rakan kerjasama,” jelasnya. Mk



PAS guna agenda pecah dan perintah – Khairuddin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rita Rudaini dah nikah?



Puteri Sarah mahu saman, ini teguran Yusof Haslam

DSV jangan takbur sangat



Guru benarkan pelajar Hindu pukul pelajar Islam di India

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker