Geng RXZ lagak samseng, patahkan palang tol untuk lalu

Geng RXZ lagak samseng, patahkan palang tol untuk lalu

Tular di media sosial rakaman video papan pemuka (dashcam) memaparkan tindakan sekumpulan penunggang motosikal Yahama RXZ menggunakan lorong kenderaan di Plaza Tol Segambut, Kuala Lumpur.

Aksi mereka dikatakan lebih samseng apabila sebahagian daripadanya dengan sengaja menolak palang tol sehingga patah ketika hendak melalui lorong SmartTag.

Menerusi video yang dikongsikan pengguna Facebook, Ong Zhi Xiang, waktu dan tarikh yang terpapar pada rakaman dashcam itu adalah sekitar pukul 6.32 petang kemalrin.

Tindakan sekumpulan penunggang tersebut mengundang rasa marah dalam kalangan orang ramai dan rata-ratanya meminta pihak berkuasa segera menyiasat insiden terbabit selain mengenakan hukuman sewajarnya.

Mereka juga dilihat menunggang secara berbahaya dengan cara memotong kenderaan lain secara beriringan sebelum memasuki lorong SmartTag.

“Geng hobi mahal, tapi tiada otak, harap yang terlibat dapat beraya dalam ‘lokap’,” kata Ayuni.

“PDRM (Polis Diraja Malaysia), JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan), sila ambil tindakan tegas untuk ‘puak RZX’ ini. Langgar undang-undang, buat jenayah pula sampai patah palang tol. Dah tangkap, sila ‘update’ kepada netizen ya,” pesan Shahrul. K Online

Geng RXZ lagak samseng, patahkan palang tol untuk lalu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aliff Syukri padam video lagu raya lepas kena kecam teruk

Datuk Red mengaku ‘scammer’

Diva AA buat hal di Fiesta Raya Baling 2024

‘Saya dihubungi orang Israel 6 kali, mereka kata akan cari saya sampai dapat’ – Pemuda Palestin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker