Hukum membalas WhatsApp ketika khutbah Jumaat

Hukum membalas WhatsApp ketika khutbah Jumaat

Balas WhatsApp boleh hilangkan tumpuan mendengar khutbah.- Gambar hiasan
Saya ingin bertanya, apakah hukum membalas WhatsApp ketika khatib sedang berkhutbah? Kadang-kadang saya hanya membuka telefon untuk tempoh sekejap bagi menghilangkan mengantuk. Mohon pencerahan daripada tuan.

Jawapan: Hukum mendengar khutbah adalah sunat, namun jika seseorang berbual atau melakukan apa-apa perbuatan yang boleh mengganggu tumpuan mendengar khutbah, maka hukumnya adalah makruh serta menghilangkan pahala Jumaat.



Ia termasuk dalam perkara yang menghilangkan tumpuan mendengar khutbah seperti bermain telefon, WhatsApp atau lain-lainnya.

Dalam hadis, Nabi SAW menganjurkan untuk mengubah tempat duduk jika kawasan tersebut terlalu sempit.

Boleh juga mengubah cara duduk kerana pergerakan membantu menghilangkan rasa mengantuk.

Menurut mazhab Syafi’i, setiap jemaah disunatkan mendengar khutbah yang disampaikan oleh khatib berdasarkan firman Allah SWT: “Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.”



Hal ini berdasarkan pandangan yang mengatakan bahawa ayat itu turun berkenaan dengan khutbah dan disebutkan mendengar al-Quran kerana dalam khutbah juga turut dibacakan ayat-ayat al-Quran.

Di samping itu, ketika mendengar khutbah, orang ramai juga dilarang untuk bercakap dan berzikir.

Namun, harus difahami bahawa larangan untuk berzikir ini bagi orang yang dapat mendengar khutbah.

Ada pun jika dia tidak mendengarkan khutbah dengan sebab jauh atau lainnya, maka sunat untuk dia berzikir dengan perlahan dan tidak bercakap.



Dalam sebuah hadis Nabi SAW bersabda: “Apabila kamu berkata kepada sahabat kamu: “Diam!” ketika imam sedang berkhutbah (pada hari Jumaat), maka sesungguhnya kamu telah lagha.” (Riwayat al-Bukhari)

Manakala dalam hadis lain, Nabi SAW melarang untuk bermain-main dengan batu kecil ketika khutbah.

Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang berwuduk dan dia memperelokkan wuduknya, kemudian dia pergi menuju solat Jumaat serta mendengar (khutbah) dengan teliti, dan diam (semasa khutbah), akan diampunkan dosa-dosanya dalam tempoh antara dirinya dan juga hari Jumaat (yang akan datang), serta pertambahan tiga hari lagi.

Dan sesiapa yang bermain dengan batu kecil, maka dia telah lagha. (Riwayat Muslim)



Imam al-Nawawi ketika menerangkan makna hadis ini berkata, hadis ini menunjukkan larangan untuk bermain dengan batu atau lainnya ketika sedang khutbah.

Setiap orang hendaklah menumpukan sepenuh perhatian kepada khutbah yang sedang disampaikan.

Dapat difahami daripada keterangan di atas bahawa Nabi SAW melarang umat Islam melakukan perkara-perkara yang boleh mengganggu tumpuan untuk mendengar khutbah.

Kesimpulannya, hukum mendengar khutbah adalah sunat, namun jika seseorang berbual atau melakukan apa-apa perbuatan yang boleh mengganggu tumpuan mendengar khutbah, maka hukumnya adalah makruh dan menghilangkan pahala Jumaat.



Dalam hadis, Nabi SAW menganjurkan untuk mengubah tempat duduk jika ruang terlalu sempit dan mengubah cara duduk kerana pergerakan boleh membantu menghilangkan mengantuk. K Online

Hukum membalas WhatsApp ketika khutbah Jumaat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Aksi lucah, Siskaeee mengakui sakit mental

Durian Thai ‘so’ lemah, Malaysia lagi sedap – Tara Choi (Video)

Peniaga putu bambu menang RM1 juta, BMW X5

Kediaman Najib lengang tanpa penghuni

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker