7,000 orang merusuh, bakar gereja

7,000 orang merusuh, bakar gereja

FAISALABAD, Pakistan – Kumpulan perusuh berjumlah kira-kira 7,000 orang menyerbu beberapa penempatan Kristian di bandar Faisalabad, Pakistan dan menggeledah bangunan serta membakar gereja berkaitan dakwaan menghina agama Islam, lapor laman berita Wion News.

Kejadian itu dikecam komuniti Kristian Pakistan, pemimpin politik dan kumpulan hak asasi manusia, manakala Perdana Menteri Interim, Anwaar ul Haq Kakar menjanjikan tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat.



Situasi menjadi tegang pagi kelmarin ketika orang ramai berkumpul dan mendengar pengumuman di masjid bahawa beberapa halaman kitab suci al-Quran telah dirosakkan.

Tidak lama kemudian, orang ramai berkumpul berhampiran kejiranan Kristian di Cinema Chowk dan menuduh dua penganut Kristian merosakkan Al-Quran.

Polis tiba di lokasi kejadian dan cuba menenangkan kumpulan itu. Video kejadian memaparkan seorang anggota polis memberi jaminan bahawa dua lelaki Kristian, Rocky dan Raja akan dihukum mengikut undang-undang.

Sementara itu, klip video lain memaparkan beberapa pengumuman dibuat di masjid di kawasan itu mengenai isu tersebut.



Kumpulan perusuh melaungkan slogan kebencian telah menimbulkan ketakutan dan panik, mengakibatkan pasar tempatan ditutup manakala ratusan penduduk Kristian melarikan diri.

Menurut penduduk tempatan, kira-kira 500 keluarga dari tiga penempatan Kristian telah meninggalkan kawasan itu. Kumpulan perusuh menggeledah dan membakar lima gereja termasuk Gereja Salvation Army yang tertua di kawasan itu.

Perabot dikeluarkan dari bangunan, dilonggokkan di jalan dan dibakar. Menurut beberapa aktivis Kristian, rumah di kawasan itu turut dibakar manakala beberapa salinan Injil dicemari. Bagaimanapun, tiada laporan mengenai sebarang kemalangan jiwa. K Online

7,000 orang merusuh, bakar gereja



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar didakwa hamil, ini respon Yusof Haslam



Apa sudah jadi BCL?

Hanya salah faham, saya kerani bukan peguam – Fatiya Latiff



Diana Danielle dapat pengganti?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker