Guru terkejut murid conteng kertas jawapan peperiksaan

Guru terkejut murid conteng kertas jawapan peperiksaan

Tindakan seorang guru meluahkan rasa kecewa terhadap pelajarnya menerusi media sosial berkenaan jawapan kertas peperiksaan yang diterima telah mendapat pelbagai reaksi orang ramai baru-baru ini.

Menerusi perkongsiannya melalui satu gambar kertas jawapan peperiksaan di laman Facebook, dia berasa kecewa apabila muridnya itu seolah-olah menconteng kertas tersebut dengan pelbagai kata-kata tanpa menjawab soalan ujian tersebut.

Berdasarkan perkongsian ‘posting’, murid berkenaan didapati telah menulis jawapan yang pelbagai sehingga menyebabkan guru itu terkejut dan termenung seketika.

“Sambil mengawasi pelajar menduduki peperiksaan hari ini, saya menanda soalan esei kertas bahasa Inggeris tingkatan tiga yang berakhir semalam.

“Ramai yang tinggalkan jawapan kosong dan tak kurang juga meninggalkan komen minta maaf kerana tak dapat menjawab. Ada juga yang menyalin semula soalan dan ada juga yang menyalin semula petikan lain.

“Ini salah satu daripada sampel jawapan yang menarik perhatian saya, termenung sekejap,” tulisnya menerusi Facebook.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi termasuk mempersoalkan tahap penulisan tingkatan tiga serta menegur murid berkenaan.

“Kalau nak jawab soalan peperiksaan ini ingat susah payah mak ayah nak hantar kamu semua pergi sekolah, tak kira awak kaya ke tak kalau tak tahu sangat pun cuba jawab,” kata Aisyah Zulkifli.

“Kalau tak tahu tinggal sahaja kosong, jangan buat cikgu awak macam itu. Saya harap cikgu ambil tindakan,” ujar Rosya Rosya.

“Kalau saya yang menulis macam itu, dapat dekat arwah mak ke ayah, memang berbirat badan kena libas alhamdullilah, sebab didikan macam itu saya jadi orang,” jelas Kief Jz. K Online

Guru terkejut murid conteng kertas jawapan peperiksaan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Selepas siakap dan sotong kini muncul pula ‘Roti Canai Kayangan’ di Langkawi

Mampu Tiru Enam Bunyi Enjin Kereta 100% Real (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker