Warga emas 100 tahun terima vaksin demi dakwah

Alor Setar: “Saya terima suntikan vaksin kerana mahu mengelak berlaku mudarat dan saya mahu meneruskan aktiviti dakwah sekiranya diberi kesihatan baik serta umur panjang,” kata Zakaria Jab yang berusia 100 tahun.

Zakaria yang menerima suntikan vaksin dos pertama hari ini, berkata setiap individu perlu bertanggungjawab melindungi diri sendiri serta individu lain di sekeliling mereka.

Katanya, dia bersyukur kerana mendapat suntikan bagi memudahkan urusan hidup.

“Wakil Pusat Khidmat Wakil Rakyat Pokok Sena datang ke rumah dan bantu daftarkan nama saya. Hari ini, mereka juga jemput di rumah dan bawa ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Kesihatan Pokok Sena.

“Saya bersyukur masih diberi kesempatan untuk menerima vaksin, rasa selamat dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk terima vaksin,” katanya yang menetap di Kampung Paya, Lengkuas.

Ketika ditanya mengenai petua masih sihat pada usia 100 tahun, Zakaria berkata, dia tidak mempunyai sebarang petua kecuali sentiasa berdoa agar dirinya dipelihara Allah.

Bapa kepada 13 anak ini turut menyatakan keinginannya untuk kembali menyertai jemaah tabligh selepas pernah aktif sejak berusia 40 tahun.

Warga emas 100 tahun terima vaksin demi dakwah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Muhyiddin putuskan tangguh sidang parlimen Isnin ini

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker