‘Portico’ Bologna Diiktiraf Masuk Senarai Warisan Dunia UNESCO

‘Portico’ Bologna Diiktiraf Masuk Senarai Warisan Dunia UNESCO

ROM: Usaha memulihara warisan seni bina di utara Itali membuahkan hasil apabila ia diiktiraf pihak Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Terbaru, binaan portico atau bumbung yang disokong deretan tiang, yang lazimnya menjadi sebahagian daripada struktur anjung di Bologna, memasuki senarai Warisan Dunia UNESCO, lapor agensi berita AP.

Portico seumpamanya banyak ditemui di bangunan-bangunan bersejarah di sekitar kota itu, kebanyakannya wujud sejak kurun ke-13.

Dalam sebuah mesyuarat di China pada Rabu, Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO, bersetuju memasukkan portico dalam senarai berprestij itu.

Penambahan itu menyaksikan Itali memiliki 58 tapak warisan yang diiktiraf. Awal bulan ini, bandar di sebelah timur laut negara itu, padua, turut tersenarai menerusi fresco (lukisan mural) Giotto di Scrovegni Chapel yang wujud sejak awal kurun ke-14, selain Montecatini Terme, iaitu sebuah pekan spa termal di Tuscany.

Portico di Bologna yang mengimbas sejarah Zaman Pertengahan kini menjadi tempat pertemuan popular dalam klangan penduduk bandar itu. Ia memberikan kesan redup dari pancaran matahari dan juga perlindungan ketika hari hujan, selain berfungsi sebagai laluan selamat untuk pejalan kaki.

 

Di seluruh bandar, portico bersejarah itu merentangi jarak sejauh 62 kilometer. Ada sesetengahnya yang dibina menggunakan kayu, manakala yang lain dibina menggunakan batu.

UNESCO berkata, sepanjang peredaran zaman, portico itu sudah menjadi suatu ekspresi dan elemen penting dalam identiti urban Bologna.

‘Portico’ Bologna Diiktiraf Masuk Senarai Warisan Dunia UNESCO


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Hubungan luar tabii dengan kambing, warga emas direman

Suri rumah tertipu beli kucing Munchkin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker