Pelatih PGA maut dipercayai akibat strok haba

Pelatih PGA maut dipercayai akibat strok haba

Seorang peserta kursus asas Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pusat Latihan PGA (PLPGA) Ulu Kinta, meninggal dunia dipercayai akibat strok haba, semalam.

Muhamad Irfan Irham Badrul Hisam dari Cawangan Kompeni Demo Pusat Latihan PGA dikatakan melapor diri sebagai peserta kursus Ahad lalu.



Kematian pelatih berusia 21 tahun itu disahkan Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri, lapor Berita Harian.

Bagaimanapun beliau memaklumkan punca sebenar hanya dapat diketahui selepas bedah siasat dijalankan pagi ini di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

Komandan PLPGA Ulu Kinta, Mohammad Hafiz Kadir, ketika dihubungi berkata berdasarkan maklumat rakan si mati, pelatih itu pada mulanya mengadu mengalami kekejangan kaki kiri sejak malam kelmarin.

Katanya, bagaimanapun ketika mengikuti kelas petang semalam pelatih itu tiba-tiba rebah dan diserang sawan serta dalam keadaan meracau.



“Anggota perubatan memberi bantuan awal dan segera membawanya ke Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan untuk rawatan lanjut.

“Ketika di klinik, doktor bertugas beberapa kali melakukan bantuan pernafasan (CPR), namun pelatih itu disahkan meninggal dunia kira-kira 5 petang.

“Berdasarkan laporan awal doktor di klinik kesihatan berkenaan, punca kematian pelatih itu dipercayai akibat strok haba,” katanya. FMT

Pelatih PGA maut dipercayai akibat strok haba



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sakan berpeluk, Yasmin Hani dan Alif Hadi disaran kahwin cepat



Alif Satar tidur tepi jalan, tak mandi dua malam di Muzdalifah

Ajai bergelek atas pentas bersama Elly dan Rina Nose (Video)



Fouziah Gous bengang rakan artis liat bayar hutangnya (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker