Lelaki dengan 15 rekod jenayah ditahan selepas samun wanita

Lelaki dengan 15 rekod jenayah ditahan selepas samun wanita

Kuala Kangsar: Lelaki dengan 15 rekod jenayah serta dadah ditahan selepas menyamun seorang wanita menggunakan senjata di bandar ini semalam, mengakibatkan kerugian RM4,000.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, suspek ditahan jam 7.30 pagi tadi bersama barang kes, termasuk motosikal yang digunakan sewaktu kejadian.



Katanya, suspek direman bermula hari ini sehingga 19 Oktober ini bagi membantu siasatan.

“Kami percaya, lelaki itu ialah suspek sama yang terbabit dengan kejadian cubaan merompak seorang wanita yang gagal di sekitar pusat bandar ini.

“Rakaman video berkaitan cubaan menyamun yang gagal itu turut tular hari ini,” katanya pada kenyataan.

Menurut beliau, siasatan mendapati, suspek turut menggunakan nombor pendaftaran palsu pada motosikal yang ditunggangnya pada hari kejadian.



Berkaitan cubaan menyamun itu, Omar Bakhtiar berkata, mangsa sudah dipanggil untuk direkodkan keterangan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompak bersenjata.

Terdahulu, tular video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Persiaran Bendahara di sini, berdurasi 36 saat memaparkan seorang lelaki bermotosikal cuba meragut beg tangan seorang wanita namun gagal. HM

Lelaki dengan 15 rekod jenayah ditahan selepas samun wanita




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


100 anggota polis sujud mohon maaf



Neelofa akhirnya tunjuk wajah Bilal

PU Azman didakwa lakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker