Penderaan di Penjara Jelebu?

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) akan menyiasat dakwaan penderaan terhadap 21 tahanan ketika mereka menjalani kuarantin di Penjara Jelebu, Negeri Sembilan pada awal April lalu.

Pesuruhjaya Suhakam Jerald Joseph berkata demikian pada satu webinar hari ini.

“Apa berlaku kepada ahli keluarga tahanan Sosma ini sampai berlaku kekecohan?



“Adakah ini rusuhan atau provokasi daripada pegawai penjara yang guna pepper spray, mereka tidak dibenarkan makan minum?

“Adakah mereka dibawa ke rumah gelap di mana mereka di pepper sray lagi?

“Memang tidak ada peraturan benarkan siapa pegawai penjara buat apa tindakan sedemikian,” katanya.

Untuk rekod semua 21 tahanan itu ditahan sekitar 2019 kerana disyaki terlibat dalam jenayah terancang di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).



KJ meroyan setiap kali saya persoal kadar vaksinasi rendah, kata Najib

Kes penyeksaan tahanan terbaru di Penjara Jelebu ini dikatakan berlaku pada 8 April.

Ini selepas kematian A Ganapathy, yang didakwa meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami semasa soal siasat polis.



“Kami perlu senantiasa membuat gesaan mengenai apa yang tidak kena jadi tidak ada tolak ansur terhadap penyiksaan dalam masyarakat,” kata Jerald.

“Saya fikir sekarang masa kita mesti beritahu kerajaan ini, tidak kisah jika kamu mahu berlawan hendak menjadi kerajaan, (tapi) kamu perlu berjuang untuk mempertahankan tidak ada penderaan dalam masyarakat,” katanya.

“Kami akan bekerjasama dengan (Pengarah Jabatan Penjara Malaysia) Dr Nordin Muhamad yang selalu lantang meminta supaya semua pegawai mengikut Peraturan Mandela, peraturan antarabangsa mengenai penyiksaan,” jelas Jerald lagi.

Pada tahun 2015, PBB memperkenalkan penetapan standard minimum layanan terhadap tahanan yang dikenali sebagai Peraturan Mandela.



Webinar hari ini diadakan untuk dua kumpulan hak asasi – Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Sebaran Kasih – yang mewakili ahli keluarga 11 tahanan tersebut untuk menyerahkan memorandum bersama kepada Suhakam.

Tanah bernilai tinggi untuk SJKC, SMJKC?

Dua belas ahli keluarga tahanan, Sosma berkenaan juga menghadiri webinar petang ini.



Sebanyak 17 laporan polis dibuat oleh anggota keluarga tahanan Sosma setelah mereka mengetahui mengenai dakwaan penderaan di Penjara Jelebu pada 8 April.

Sebaliknya, difahamkan laporan polis juga difailkan terhadap tahanan berhubung rusuhan di Penjara Jelebu.

Menurut memorandum bersama oleh Suaram dan Sebaran Kasih, polis telah merakam pernyataan enam individu daripada 21 tahanan.

Kedua-dua NGO itu mendakwa seorang pegawai penjara memprovokasi tahanan tersebut dengan menyemburkan wajah seorang atau lebih dengan semburan lada ketika mereka dalam keadaan duduk dan bergari secara berpasangan.



“Apabila beberapa orang menanyakan mengapa mereka berbuat begitu, mengenai semburan lada itu, satu kekecohan berlaku yang menyebabkan ramai pegawai dalam uniform dan juga bukan dalam uniform mula melakukan tindakan mengkasari dan memukul tahanan dengan paip getah dan kerusi.

“Mereka kemudian diarahkan untuk membuka kesemua pakaian dan kemudian bahagian zakar dan dubur mereka telah disembur dengan serbuk lada,” dakwa kenyataan NGO itu.

Pengarah eksekutif Suaram Sevan Doraisami meminta Nordin untuk mengesahkan atau menafikan tuduhan yang dibuat oleh ahli keluarga 21 tahanan itu.

“Benarkah mereka diserang dengan cara yang zalim, mendera dan mengaibkan – dinafikan makanan, minuman dan pakaian selama 23 jam, sebagaimana yang dilaporkan ahli keluarga tahanan,” soal Sevan.

Netizen lancar perang psikologi ‘lawan’ Israel

“Kami menggesa Menteri dalam Negeri Hamzah Zainudin untuk menyatakan komitmen terhadap syor-syor Suhakam nanti berhubung hasil daripada siasatan suruhanjaya itu mengenai kejadian Penjara Jelebu,” katanya menggesa tindakan diambil.

Dia juga mendesak kerajaan untuk memansuhkan Sosma, dengan itu menghilangkan keupayaan seseorang pegawai itu menyalahgunakan kuasa penahanan tanpa bicara bawah undang-undang tersebut.

“Dalam kes ini, semua 21 tahanan Sosma akan tetap ditahan sehingga kes mereka didengar di mahkamah berdasarkan ketentuan undang-undang tidak adil ini.

“Mereka telah dipenjarakan selama sekitar 18 bulan, walaupun mereka mungkin akhirnya dapat dibebaskan oleh hakim setelah perbicaraan,” katanya.

Sementara itu, Sandra, kakak ipar kepada seorang tahanan berkata selepas kejadian itu, ahli keluarga masih boleh mengunjungi tahanan yang telah dipindahkan kembali ke Penjara Sungai Udang di Melaka.

Bagi mereka yang dihantar kembali ke Penjara Sungai Buloh pula, katanya, mereka hanya dibenarkan menghubungi keluarga melalui panggilan dan tidak bertemu secara langsung.

“Kami bimbangkan ahli keluarga kami. Apa pun kesalahan yang mereka lakukan, bicarakanlah mereka di mahkamah dan biarkan mahkamah membuat keputusan.

“Kami mahukan keadilan. Memukul (tahanan) tidak boleh berterusan. Kami tidak dapat bertemu mereka, ini sebenarnya sangat menyedihkan,” katanya.

Timbalan Presiden Sebaran Kasih, Prince Jon pula berkata dia mendapat tahu daripada ahli keluarga bahawa banduan diancam selepas kejadian di Penjara Jelebu.

Persatuan perniagaan bantah sekatan sepenuhnya, mahu SOP lebih ketat, percepat program vaksinasi

 


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET

 


Cahaya Lampu Solidariti Masjid Kapitan Keling terhadap Palestin

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker