‘Jangan kerap ke Kelantan, nanti Selangor tumbang’ – Mohd Amar ingatkan Anwar

‘Jangan kerap ke Kelantan, nanti Selangor tumbang’ – Mohd Amar ingatkan Anwar

PAS mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, supaya tidak terlalu kerap ‘turun’ ke Kelantan sehingga mengabaikan Selangor yang dilihat berisiko untuk tumbang.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata tindakan Anwar yang terlalu kerap turun berkempen di Kelantan memperlihatkan seolah-olah Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu sudah mula kelam kabut.



“Saya tidak pernah tengok Perdana Menteri (sebelum ini) begitu kelam kabut macam sekarang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini seperti Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Razak.

“Kalau Najib pun dia datang sekali atau dua kali cukup dah, tetapi PM (Anwar) boleh dikatakan tiap-tiap minggu datang Kelantan.

“Mungkin dia datang sini sebab teringat nasi kerabu. Saya nak pesan dekat dia (Anwar) jangan kerap datang Kelantan kerana silap-silap Selangor akan tumbang. Dia (Anwar) tumpu sangat di Kelantan dan Kedah,” katanya pada sidang media di Pejabat Penerangan PAS di sini, hari ini. BH

‘Jangan kerap ke Kelantan, nanti Selangor tumbang’ – Mohd Amar ingatkan Anwar



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Enot dedah dakwaan berkahwin dengan pengkid



Rakan pelawak ‘kahwin’ pengkid, Didie Alias sebak

Bukan saya nak buka aib Enot – Didie luah perasaan



Kenapa saya diceraikan – Adibah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker