Makan mayat ibu selama 15 hari




Makan mayat ibu selama 15 hari

Madrid: Mahkamah Sepanyol menjatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun lima bulan kepada seorang lelaki selepas didapati bersalah kerana mencekik hingga mati sebelum memakan mayat ibunya.

Hakim memutuskan bahawa tertuduh, Alberto Sanchez Gomez, 28, bersalah kerana melakukan perbuatan itu dalam keadaan waras.

Tertuduh dikenakan hukuman selama 15 tahun kerana pembunuhan dan lima bulan lagi kerana mengerat anggota badan dan memakan mayat ibunya selama sekurang-kurangnya 15 hari sebelum memberi daging mangsa kepada anjing.

Pembunuhan itu berlaku pada awal 2019 ketika tertuduh bertengkar dengan ibunya yang berusia 69 tahun di flat didiami mereka di Ventas, bersebelahan dengan gelanggang sukan lawan lembu yang juga mercu tanda ikonik Madrid.




Tertuduh dikatakan mencekik ibunya lalu menyeret mayat ke bilik tidur.

Dia kemudian menggunakan gergaji dan dua pisau dapur untuk memotong anggota badan mangsa.

“Tertuduh memakan sisa mayat itu selama kira-kira 15 hari, menyimpan barang lain dalam pelbagai bekas plastik di sekitar rumah dan di dalam peti sejuk.

“Dia juga memasukkan sejumlah sisa ke dalam beg plastik dan membuangnya ke dalam tong sampah,” katanya.

Media tempatan melaporkan, seorang pegawai polis memberitahu tertuduh mengaku memakan sebahagian mayat yang masih mentah, sementara yang lain dimasak atau diberi makan kepada anjing.




Tertuduh ditangkap pada 23 Februari 2019, di sebuah flat dan polis mengambil tindakan itu selepas menerima aduan berhubung kehilangan mangsa daripada rakannya.

Selain hukuman penjara, mahkamah turut memerintahkan tertuduh membayar 60,000 euro (kira-kira RM299,694) sebagai ganti rugi kepada kakaknya. HM


Layari Laman Facebook MYKMU NET


Bunuh Ibu Sendiri: ‘Kami Tak Mahu Tengok Muka Abang’



Leave a Reply

Your email address will not be published.