Muhyiddin undur segera, bentuk kerajaan perpaduan, kata Baru Bian

Muhyiddin undur segera, bentuk kerajaan perpaduan, kata Baru Bian

Muhyiddin undur segera, bentuk kerajaan perpaduan, kata Baru Bian

Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian, berkata sudah tiba masanya kerajaan perpaduan dibincangkan secara serius bagi menggantikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang didakwa terbukti gagal menyelesaikan krisis Covid-19.

Beliau turut mendesak Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan Kabinetnya berundur segera dalam usaha mewujudkan kerajaan perpaduan bagi baki penggal Parlimen ini.

“Sekarang tempoh darurat hampir tamat, penubuhan sebuah kerajaan perpaduan adalah jalan terbaik ke hadapan untuk Malaysia dalam masa krisis yang kritikal dan tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Mahiaddin Yassin (Muhyiddin Yassin) dan Kabinet besarnya jelas gagal dalam cabaran terbesar mereka, sudah tiba masanya untuk beliau melangkah ke tepi dan membiarkan orang lain yang berkelayakan mengambil alih. Mandat rakyat mesti dihormati dan dikembalikan kepada mereka,” katanya dalam kenyataan.

Beliau yang juga bekas Menteri Kerja Raya berkata, menteri PN berulang kali menunjukkan tindakan kurang cekap menangani krisis Covid-19 dengan episod pertengkaran antara satu sama lain, menghentak meja dan berbalas ciapan di Twitter, serta mengeluarkan SOP bercanggah dan arahan “flip-flop” – antara drama “kurang bijak” perlu dihadapi rakyat setiap hari.

“Tanda-tanda sebuah kerajaan yang gagal amatlah jelas kepada semua dan ia benar-benar satu musibah untuk kita yang perlu menderita melalui dua ujian pada masa sama – krisis Covid-19 dan Kabinet yang tidak cekap serta ditunggang dengan tuduhan rasuah berleluasa dan ditambah dengan kekeliruan tidak berkesudahan.

“Nampaknya, tidak ada koordinasi antara pelbagai kementerian dan agensi kerajaan, dan orang ramai benar-benar keliru dengan komunikasi huru-hara mengenai SOP dan sebagainya,” katanya.

Baru berkata, apabila kita mempunyai kerajaan yang mendapat kuasa dengan cara salah dan menawarkan kedudukan kepada mereka yang tidak berkelayakan untuk memimpin demi mendapatkan sokongan, rakyat terpaksa menghadapi akibatnya.

Mendesak peletakan jawatan Mohamad Azmin Ali

Katanya, petisyen terbaharu yang mendesak peletakan jawatan Mohamad Azmin Ali sebagai Menteri Kanan juga mencerminkan kekecewaan dan kemarahan rakyat terhadap kerajaan PN.

“Rakyat mempunyai banyak kemusykilan terhadap kerajaan (PN) ini,” katanya.

Di Sarawak pula, Baru berkata, keputusan kerajaan negeri untuk tidak mengikut keputusan kerajaan pusat dalam aspek PKP, malah beroperasi secara sendiri jelas tidak membantu, apabila jumlah kes semakin tinggi saban hari.

“Sarawak konsisten berada dalam tiga negeri teratas untuk jangkitan harian baru, dan keputusan berubah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (SDMC) adalah gambaran ketidaktentuan dan konflik dengan kerajaan persekutuan,” katanya.

Beliau berkata, Ketua Menteri dan barisan Kabinetnya adalah penyokong kuat kerajaan PN untuk terus berkuasa di Putrajaya namun pada masa sama cuba menggambarkan diri mereka sebagai bebas daripada cengkaman kerajaan pusat.

“Rakyat Sarawak sebenarnya sangat keliru berbanding dengan rakyat Semenanjung, dengan pelbagai bentuk perintah kawalan dan SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan SDMC yang sering berubah,” katanya. FMT

Muhyiddin undur segera, bentuk kerajaan perpaduan, kata Baru Bian

 


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Moga Muhyiddin berpijak di bumi yang nyata

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker